Penerbit indie Gamera Game dari China hari ini melancarkan lebih daripada 20 game akan datang yang bakal menuju ke PC dan konsol! Semuanya diumumkan tadi di acara Tokyo Game Show 2021 (TGS 2021) dan terdiri dari pelbagai jenis genre dari “fast-paced strategy hingga ke third-person medieval action-adventure”. Walaupun korang memilih pun, pasti ada satu yang dapat memenuhi selera anda. Bagi mereka yang berminat, korang boleh tonton pengumuman-pengumuman di bawah di halaman YouTube Gamera Game.
Berikut adalah antara sorotan utama:
The Dark World: KARMA
- Platform: Steam, PlayStation, Xbox, Nintendo Switch
- Tarikh keluaran: 2022 (Steam)
- Dihasilkan oleh: Pollard Studio
The Dark World: KARMA adalah game seram psikologi ‘first-person” di mana pemain mengambil peranan sebagai pegawai penyiasat dari “ROAM” untuk mencari jejak memori yang hilang dengan menyelami minda manusia. Dalam situasi-situasi yang sangat mengerikan, pemain harus menyelesaikan teka-teki dan menyiasat misteri yang luar biasa, sambil berhadapan dengan kegelapan dan raksasa yang ada di dalam diri.
Warriors of the Nile 2
- Platform: Steam
- Tarikh keluaran: 2022
- Dihasilkan oleh: Stove Studio
Warriors of the Nile 2 mewarisi gameplay strategi roguelike yang popular daripada ansuran sebelumnya. Pemain boleh memimpin pahlawan yang diberkati oleh Dewa Mesir ke medan perang untuk melawan tentera Rom. Setiap watak mempunyai kemahiran dan kebolehan unik yang dapat diubah suai agar sesuai dengan gaya permainan. Sekiranya pemain terus menyerang sepanjang pertempuran, mereka akhirnya dapat menyeru seorang Dewa, yang dapat melakukan ‘keajaiban’ dengan pelbagai kesan yang berbeza dan dengan cepat akan mengubah rentak pertarungan. Ingin cuba? Demo telah dilancarkan hari ini di Steam dan memberi peluang kepada pemain untuk memahami game strategi ini yang diilhamkan oleh tamadun Mesir.
Firework
- Platform: Steam, Epic Store
- Tarikh keluaran: October 21, 2021 (versi Inggeris)
- Dihasilkan oleh: Shiying Studio
Firework adalah game teka-teki seram dengan hampir 18,000 ulasan dan penilaian positif sebanyak 98%. Setelah kes kebakaran tidak sengaja di sebuah pengkebumian, polis terpaksa membuka semula kes tertutup tentang sebuah pembunuhan beramai-ramai yang berlaku tahun-tahun sebelumnya. Tanpa diduga, siasatan pelik ini telah mendedahkan masa lalu tentang seetiap mangsa dan nampaknya lebih banyak persoalan timbul berbanding jawapan.
Arise of Awakener
- Platform: Steam, PlayStation 4, PlayStation 5
- Tarikh keluaran: 2023
- Dihasilkan oleh: Taner Game
Berlangsung di dunia fantasi abad pertengahan, Arise of Awakener adalah game third-person action-adventure dengan sistem kelas yang membolehkan pemain menentukan bagaimana mereka ingin bertarung. Dengan tiga pilihan kelas – mage, archer, dan warrior, ia terpulang kepada para pemain untuk memilih bagaimana mereka ingin melawan makhluk hebat yang berada di sekitar dunia. Pemain mesti menggunakan abiliti dan senjata istimewa untuk mengatasi ujian dan cabaran yang akan mereka hadapi! Lawan naga, kendalikan kapal terbang, kumpulkan sumber dan terokai dunia luas di dalam Arise of Awakener.
Pathless Woods
- Platform: Steam, WeGame
- Tarikh keluaran: 2022
- Dihasilkan oleh: Aniya Games
Pathless Woods adalah game sandbox survival bertema seni mempertahankan diri, yang memberi kebebasan kepada pemain untuk berinteraksi dengan dunia dalam pelbagai cara. Mereka dapat memilih untuk membentuk pasukan besar dan melawan penduduk dunia yang lain, mengumpulkan sumber daya dan membina pangkalan impian, mengusahakan tanah dengan pelbagai tanaman, atau hanya meneroka semua biom yang ditawarkan dalam Pathless Woods.
Mercury Abbey
- Platform: Steam, Nintendo Switch
- Tarikh keluaran: 2022
- Dihasilkan oleh: YiTi Games
Mercury Abbey adalah game narrative-driven adventure yang dipamerkan buat pertama kalinya di acara TGS 2021. Pemain ditugaskan untuk menyelesaikan sebuah misteri aneh yang sedang berlangsung, sambil meneroka pelbagai biom, dan bertemu dengan pelbagai watak unik sepanjang jalan. Dua watak utama, Harold dan Willie, mempunyai gaya permainan yang berbeza. Kebolehan dan kemahiran mereka yang unik terbukti cukup berguna untuk pelbagai senario berbeza apabila dihadapi oleh pemain sepanjang pengembaraan yang menarik ini.
Project-Blemmyes
- Platform: Steam
- Tarikh keluaran: 2022
- Dihasilkan oleh: Tiger Cat
Dalam Project-Blemmyes, pemain akan mengawal sejenis “kesedaran” yang dimasukkan ke dalam sut pertempuran. Entiti ini dipaksa untuk mengalahkan segerombolan musuh yang tidak berkesudahan sebagai sebahagian daripada eksperimen. Dilabel sebagai genre roguelite third-person shooter, pilihan pertarungan kita memang luas di mana game ini menawarkan pelbagai senjata dan senario berbeza untuk berlawan. Matlamat utama adalah untuk melepaskan diri dari eksperimen, tetapi untuk menjayakan misi, kita memerlukan usaha, kemahiran dan harus mati tidak terkira beberapa banyak kali.
Seduction
- Platform: Steam
- Tarikh keluaran: October 9, 2021
- Dihasilkan oleh: KOEX Studio
Seduction adalah game 2D horror adventure di mana pemain mengawal seorang sami bernama Lee yang harus menyelesaikan serangkaian teka-teki untuk membongkarkan misteri gelap yang menyelubungi kisah menarik game ini. Hanya apabila kita belajar tentang kebenaran, barulah kita dapat menyelamatkan pasangan Lee iaitu Mei.
Itu hanya beberapa sorotan dari apa yang ditawarkan oleh Gamera Game. Beberapa judul akan datang juga dipamerkan, termasuk Aniquilation, Winter Ember, Blackwind dan Dream Engines. Jika anda berminat untuk tahu segala-galanya, mari kita usya senarai penuh di SINI untuk mendapatkan gambaran yang lebih mendalam bagi setiap game ini dan juga untuk game yang tidak disenaraikan.
Untuk segala liputan kami tentang TGS 2021, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post