Huawei telah melepaskan beberapa alat pemakai selama bertahun-tahun. Antaranya adalah siri jam tangan mereka yang diberi nama “Watch GT“.Keputusan Huawei untuk meneruskan barisan Watch GT mereka mendapat tentangan dari Sony Interactive Entertainment, yang mengajukan tuntutan untuk menghentikan syarikat itu. Perkara ini bermula pada tahun 2015, apabila Huawei Technologies mengemukakan trademark untuk “GT3” dan “GT5”.
Pada tahun 2016 pula, Sony Interactive Entertainment pertama kali mengemukakan rayuan, setelah syarikat itu trademark itu sama dengan trademark yang dikemukakan oleh Huawei. Lebih menarik lagi, Huawei telah mengeluarkan Watch GT dan Watch GT2 ketika itu. Tetapi perkataan GT itu merupakan perkataan biasa yang sering digunakan dalam komuniti perlumbaan. Contohnya Grand Tour, yang sering digunakan oleh syarikat kereta seperti Ferrari. Ia juga sama seperti nama permainan lumba kereta PlayStation, Gran Turismo.
Gran Turismo adalah siri permainan lumba popular yang dikembangkan oleh Polyphony Digital dan dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk konsol permainan PlayStation. Sony Interactive Entertainment telah mengeluarkan banyak rayuan keatas trademark jam tangan itu. Malah Mereka juga pernah mengemukakan trademark untuk GT Racing tetapi ditolak oleh mahkamah EU.
Pada awal minggu ini, Huawei juga telah memohon trademark yang sama di United Kingdom. Trademark tersebut adalah untuk model GT3, GT5, GT8 dan GT10. Permohonan tersebut masih dalam pemeriksaan. Seperti yang dibongkarkan oleh LetsGoDigital, nampaknya Sony Interactive Entertainment akan berlawan dengan EUIPO (European Union Intellectual Property Office), setelah menolak rayuan mereka terhadap Huawei.
Sumber: Lets Go Digital
@gamersantaimy
Discussion about this post