Tokyo Game Show 2020 menjadi tuan rumah kepada Japan Game Awards 2020, sebuah majlis penghargaan yang meraikan permainan video paling besar dan terkenal di Jepun serta permainan video antarabangsa.
Barisan penuh peserta tahun ini sudah didedahkan, dan saya mempunyai senarai lengkap untuk anda di bawah. Dihoskan oleh Hikaru Ijuin, yang terkenal sebagai pencinta permainan video di dunia hiburan, dan Shohei Shibata, penyiar berita e-sukan, tetamu jemputan ialah Michi Nishioka (ketua pengarang Dengeki Game Media) dan Hiroko Saga (ketua pengarang Weekly Famitsu).
Game Designers Award pula adalah salah satu anugerah paling berprestij di Japan Game Awards. Barisan hakim daripada pencipta permainan video terhebat Jepun, yang diketuai oleh Masahiro Sakurai, telah memilih permainan video paling kreatif yang layak memenangi anugerah. Senarai penuh hakim tersebut adalah Yoko Taro, Kazutoshi Iida, Jiro Ishii, Yojiro Ogawa, Hideki Kamiya Kazutaka Kodaka Masahiro Sakurai Shu Takumi, Keiichiro Toyama dan, Hidetaka Miyazaki.
Tanpa melengah masa, mari kita pemenangnya!
Anugerah | Pemenang |
Minister of Economy, Trade and Industry Award | Animal Crossing: New Horizons Development Team |
Global Award Japanese Product | Pokemon Sword & Pokemon Shield |
Global Award Foreign Product | Call of Duty: Modern Warfare |
Special Award | Dragon Quest Walk |
Best Sales Award | Pokemon Sword & Pokemon Shield |
Game Designer Awards | Heavy Rain Scribblenauts Journey The Unfinished Swan Brothers: A Tale of Two Sons Ingress Life is Strange Inside Gorogoa Astro Bot: Rescue Mission Baba is You (pemenang) |
Ini baru hari pertama! Anugerah ini sebenarnya berlangsung selama dua hari, dengan ‘Grand Award‘, dan ‘Award for Excellence‘ masih belum diumumkan. Japan Game Awards dianjurkan oleh badan perdagangan Jepun, iaitu Computer Entertainment Supplier’s Association (CESA) dan memberi penghargaan kepada permainan video terbaik setiap tahun sejak tahun 1996.
@gamersantaimy
Discussion about this post