Konami telah mengumumkan secara rasmi JRPG Edens Zero di pelantar konsol bersama permainan video baru di mobile di TGS 2020. Ini berita yang sangat menggembirakan bagi peminat anime terutama lagi apabila kita mendapat tiga berita besar tentang francais. Siaran langsung ini menampilkan mangaka Hiro Mashima, producer Edens Zero di Konami Shin Murato, dan pengurus PR Konami Toshihiro Kondo. Pelantar khusus tidak diberitahu termasu tarikh ia bakal dilancarkan.
Pertama sekali, Konami menunjukkan trailer pertama yang mendedahkan bahawa permainan video JRPG konsol dan permainan mobile untuk Edens Zero sedang dalam pembikinan. Versi permainan juga menampilkan bahagian-bahagian manga yang belum diadaptasikan kepada anime. Hiro Mashima secara langsung membantu dalam latar belakang permainan dan pembinaan dunia.
Beberapa tangkapan skrin ditunjukkan. Ini adalah Blue Garden, dengan ruang yang sangat besar di mana pemain boleh terbang. Anda juga boleh berlari di atas dinding.
Permainan ini menggunakan sistem “action battle” di mana watak-watak daripada manga seperti Homura dan Rebecca boleh dimainkan.
Selain itu, permainan mobile Edens Zero juga merupakan RPG tetapi daripada dimainkan daripada sudut pandangan “top-down”, dengan elemen sosial dan gacha. Hiro Mashima juga membantu permainan ini dan memberikan banyak idea. Dalam pertempuran, anda boleh menukar antara tiga watak.
Seterusnya, Hiro Mashima menjelaskan bahawa dia membuat kostum baru khusus untuk permainan video ini. Dia menjelaskan bahawa dia benar-benar sibuk sehingga melukis perkara pertama yang dia fikirkan, sambil berusaha membuat pakaian yang tidak biasa dipakai oleh watak-watak dalam manga. Contohnya, Witcher biasanya memakai warna hitam, jadi dia menjadikan pakaiannya putih.
Itu sahaja untuk projek permainan video. Beralih ke pengumuman anime, kakitangan utama telah diumumkan dan anime rasmi akan membuat tayangan perdana pada April 2021. Shinji Ishihara (Fairy Tail, Log Horizon) akan menjadi ketua pengarah anime di J.C. Staff. Yūshi Suzuki (pengarah episod untuk Fairy Tail musim 3) akan mengarahkan anime, dan Mitsutaka Hirota (Zoids Wild, Rent-A-Girlfriend) akan mengawasi dan menulis skrip siri. Siaran langsung juga mendedahkan reka bentuk watak untuk Shiki, Rebecca, dan Happy.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi mereka di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post