Zafina si awek yang berbadan lembut menggunakan gaya serangan ala-ala lengokkan kucing bersama cakaranya dan tendangan kuat dengan kasut tingginya, bersama baju ungu yang menawan baru sahaja mendarat ke Tekken 7 untuk DLC musim ke-3. Dia merupakan antara 3 pahlawan yang akan hadir untuk musim ini! Jom lihat trelernya dibawah;
Serba sedikit mengenai Zafina, dia merupakan pahlawan sengit yang menggunakan kemahiran membunuh yang lain dari yang lain. Sebagai pengamal Astrologi, dia memang sesuai untuk alam semesta dan bertindak sebagai ‘dealer’ untuk kesakitan dan kematian, dia menjadi panjaga suci ‘Imperial Tomb’ dan bersedia menewaskan semua pencabar yang berani menghadap dia di gelanggang perlawanan.
Jadi, geng kami di Tokyo Game Show turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri gameplay watak Zafina di Tekken 7. Ternyata menggunakan dia memang memuakan hati! Kawalan controller juga tidak begitu sukar, terutama menggunakan kuasa khas Zafina juga tidak banyak berbeza dari watak-watak yang lain. Anda boleh saksikan gameplay kami dibawah;
Pada yang memiliki Tekken 7, anda memang wajib dapatkan DLC ini sebab memang terbaik menggunakan Zafina! Zafina boleh didapati dalam bentuk DLC untuk musim ke-3 di PlayStation 4, Steam dan Xbox One.
Photo/Video taken by HONOR 20 PRO
@gamersantaimy
Discussion about this post