Antara berita yang dinantikan di Tokyo Game Show 2019! Bandai Namco Entertaiment nampaknya telah memastikan permainan yang dinantikan ramai peminat iaitu DRAGON BALL Z: KAKAROT telah pasti akan hadir tahun hadapan iaitu 17 Januari 2020 di platform PlayStation 4, Xbox One dan PC Steam.
DRAGON BALL Z: KAKAROT merupakan permainan RPG tindakan di mana anda dapat bermain sebagai Son Goku (KAKAROT) di dunia Dragon Ball Z! Permainan Dragon Ball pertama yang terdiri daripada momen yang tepat dari siri anime asal dan tidak pernah dilihat sebelum adegan dengan grafik animasi yang indah dari Dragon Ball Z! Jangan terlepas pengalaman ini dan tenggelamkan diri anda ke dalam permainan!
Bukan itu berita yang mengembirakan dikongsikan Bandai, tiga bonus Edisi Pembelian Awal yang teramatlah mewah akan tersedia untuk akses awal untuk menu latihan terhadap bekas anggota Pasukan Ginyu, watak yang baru direka oleh pengarang Akira Toriyama pasti akan membangkitkan keseronokan di kalangan pemain. Pra pesanan digital akan bermula hari ini dan inilah peluang anda untuk mendapatkan salinan secepat mungkin!
Apa yang akan ada dalam Bonus Akses awal ini? Jom lihat dibawah;
1. Akses awal ke menu latihan terhadap bekas anggota Ginyu Force !?
2.Toriyama Original Setting Sub Quest – Dibuka kunci lebih Awal
3. Item Cooking “Smile Ultra Mega Roast”
- Kesemua bonus adalah barangan dalam permainan dan pastikan akses akaun PlayStation 4 dan Xbox Live ada untuk memuat turun kelak.
- Bonus 1 dan 2 boleh dimainkan dari Bab 3 “The Fight for the Future against the Android Terror!” Episod 2.
- Kod produk bonus akan tersedia untuk dimuat turun paling lewat pada 12 Februari 2020.
- Kod produk bonus akan sah sehingga 15 Januari 2021.
Sebarang maklumat terkini anda boleh melayari laman web rasmi Bandai Namco Entertainment.
@gamersantaimy
Discussion about this post