Baru-baru ini, Apple TV+ telah mengeluarkan satu trailer filem baharu iaitu Tetris dan bakal ditayangkan secara eksklusif di Apple TV+ pada 31 Mac 2023.
Berdasarkan kisah sebenar jurujual game Henk Rogers dan penemuannya tentang Tetris pada tahun 1988. Apabila dia berhasrat untuk membawa game itu ke dunia, dia memasuki rangkaian yang penuh dengan penipuan dan rasuah yang berbahaya di sebalik ” Iron Curtain”.
Menurut Apple TV+
Di dalam trailer tersebut, kita boleh lihat yang ramai tidak mempercayainya tetapi, Henk Rogers mengatakan yang “Saya bermain selama lima minit, saya masih melihat blok yang jatuh dalam mimpi saya. Ini puisi. Seni dan matematik semuanya berfungsi dalam “synchronicity” yang ajaib. “It’s a perfect game””.
Kita juga boleh lihat yang presiden Nintendo Hiroshi Yamauchi bermain Tetris dan mengatakan “Not Bad” kepada Henk Rogers.
Tetris yang bakal ditayangkan di Apple TV+ akan dibintangi oleh Taron Egerton sebagai Henk Rogers, Toby Jones sebagai Robert Stein, Nikita Yefremov sebagai Alexey Pajitnov, Roger Allam sebagai Robert Maxwell, Anthony Boyle sebagai Kevin Maxwell, Togo Igawa sebagai Hiroshi Yamauchi dan ramai lagi.
Filem ini diarahkan oleh Jon S. Baird bersama-sama penerbit lain seperti Matthew Vaughn, Gillian Berrie, Claudia Vaughn, Len Blavatnik dan Gregor Cameron.
Kalau anda nak tahu, Tetris adalah sebuah game puzzle yang sangat terkenal sejak game ini dilancarkan lagi. Sehingga kini, anda boleh lihat pelbagai variasi Tetris yang boleh dimainkan secara online mahupun offline.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Tetris akan ditayangkan secara eksklusif di Appe TV+ pada 31 Mac 2023. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post