Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Teruskan imej “sopan”, Moonton pergi revamp semua skin Valentine Mobile Legends

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 14, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile
0 0
0
Teruskan imej “sopan”, Moonton pergi revamp semua skin Valentine Mobile Legends
Share on FacebookShare on Twitter

Hari itu, saya berkongsi yang penampilan bagi beberapa hero Mobile Legends versi China terpaksa ditukar supaya kelihatan lebih “sopan”. Kini, leaker yang sama, @mlbbdaily, mendedahkan bahawa Moonton juga akan revamp skin Valentine Mobile Legends milik Layla, Alucard, Miya dan Clint. Cuma, ia adalah untuk pasaran global.

May be an anime-style image of 4 people and text that says '9381 9381 imited Event 9381 Limited-time Event 9381 Limited-time Event Limited- time Event'

Sempena Hari Valentine pada 14 Februari 2022, Moonton bukan sibuk membuat skin baru tetapi nampaknya bekerja keras untuk mengubah penampilan skin Valentine. Supaya korang lebih senang faham, berikut adalah sumber gambar:

LAYLA

Penampilan Layla dengan skin Valentine baru berubah secara sangat drastik. Bukan sahaja pakaian, muka dan gaya rambut Layla juga amat berbeza sekarang di mana Layla kini mempunyai stail “twin tail” yang lebih tebal, manakala gaun yang dipakai lebih tertutup untuk menyorok bahagian perut dan dada. Mahkota bunga pula ditukar kepada mahkota cantik ala-ala princess.

CLINT

Penampilan Clint pun banyak berubah apabila menggunakan Skin Valentine terbaru. Topi Koboi Clint yang dahulu agak “romantik”, kini ditukar kepada rekaan yang lebih simple. Pakaian lamanya yang berkilat pun dibuang serta diganti dengan hiasan bunga yang lebih “3D.” Sama seperti Layla, wajah Clint juga banyak berubah. Sebelum ini, dia tidak mempunyai misai, jadi Moonton menambah beberapa misai nipis untuk menampakkan dia lebih macho.

MIYA

Anatra semua, Miya mungkin adalah watak yang paling kurang mengalami perubahan untuk skin Valentine. Perbezaan yang paling ketara di pakaian adalah bahunya kini ditutup, reben rambut, dan corak baju manakala wajah dan rambut Miya kelihatan lebih matang berbanding sebelum ini.

ALUCARD

Moonton nampaknya mengubah penampilan Alucard supaya nampak lebih muda. Secara sekilas pandang, mereka menukar wajah dan gaya rambut untuk memberi imej yang lebih “babyface”. Baju dan aksesori pakaian pun sepenuhnya ditukar dimana Alucard tampak lebih seperti gentlemen.

Apa pendapat anda tentang skin Valentine revamp Mobile Legends? Nampak makin lawa atau makin buruk? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!

Sumber – Gamebrott

Muat turun di sini
Mobile Legends: Bang Bang
Publisher: Moontoon
Developer: Moontoon
Release Date: 2016-07-11
Android, iOS
Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan mobile multiplayer online battle arena (MOBA) yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Shanghai Moonton Technology. Pilih pelbagai hero dari pelbagai kelas untuk melawan pihak lawan sekarang!
Tags: Mobile LegendsMoontonRevampskin Valentine
Previous Post

One Piece Live Action akan mempunyai 8 episod dan penggambaran bermula tahun ini!

Next Post

“Nezuko masih muda!” – Ramai yang mengkritik Demon Slayer kerana Nezuko dikatakan terlalu seksual!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
“Nezuko masih muda!” – Ramai yang mengkritik Demon Slayer kerana Nezuko dikatakan terlalu seksual!

"Nezuko masih muda!" - Ramai yang mengkritik Demon Slayer kerana Nezuko dikatakan terlalu seksual!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd