Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pakaian hero Mobile Legends ditapis di China, imej semakin “sopan”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 12, 2022
in Android, Artikel, Berita, Genre, iOS, MOBA, Mobile
0 0
0
Pakaian hero Mobile Legends ditapis di China, imej semakin “sopan”
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut seorang leaker bernama @Mlbbdaily, pakaian untuk beberapa hero Mobile Legends telah ditapis di China di mana sebanyak 9 hero telah menjalani sejumlah perubahan untuk imej yang lebih “sopan”.

Yang dikenal pasti adalah Sun, Eudora, Rafaela, Fanny, Freya, Hanabi, Esmeralda, Pharsa dan Chou.

Peraturan China mengharuskan semua watak, terutamanya wanita, untuk menutup 3/4 di bahagian dada. Kemudian, watak dalam game juga tidak dibenarkan memakai pakaian yang terlalu seksi seperti bikini dan sebagainya. Oleh itu, beberapa hero Mobile Legends terpaksa mengalami beberapa perubahan di China. Berikut adalah gambar perbandingan yang lebih terperinci.

Dianggap terlalu ganas, menyokong jenama lain atau mampu menyindir budaya China

Wajah Sun yang menakutkan ditukar ke manusia supaya lebih “family friendly”.
Logo Mobile Legends dan UFC pada dada dan sarung tangan Chou dibuang.

Penampilan yang dianggap terlalu seksi

Pakaian Esmeralda dicantumkan hingga ke rantai leher untuk menutup dada.

Khabar angin ini sedang dibincangkan dalam komuniti Mobile Legends SEA dan berkait dengan undang-undang penapisan yang mesti diamalkan oleh setiap syarikat/studio apabila mengeluarkan produk mereka di China.

Baru-baru ini, akaun Twitter Genshin Impact mengumumkan bahawa empat watak iaitu Jean, Amber, Rosaria dan Mona akan mendapat reka bentuk costume alternatif baru. Walaupun miHoYo tidak pernah terus terang tentang perubahan reka bentuk ini, ia juga berkait rapat dengan undang-undang di negara China.

Sebelum ini, saya juga pernah melaporkan bahawa China berhenti memberi pelesenan bagi semua game baharu. Secara lebih khusus, kerajaan telah berhenti meluluskan lesen sejak Julai 2021, yang bermakna studio atau syarikat tidak dapat menjual game mereka pada mana-mana platform yang diluluskan di China.

Proses ini mengikut kempen meluas negara untuk memerangi ketagihan gaming, sambil memerhatikan kandungan yang tidak patut, seperti lucah dan unsur bertema “LGBTQ”. Akibatnya, sebanyak 14,000 studio dan syarikat berkaitan gaming terpaksa ditutup kerana kekurangan pendapatan.

Apa pendapat anda tentang pakaian hero Mobile Legends yang ditapis? Suka atau tidak? Kongsikan pendapat di ruang komen nanti ya.

Sumber – Gamebrott

Muat turun di sini
Mobile Legends: Bang Bang
Publisher: Moontoon
Developer: Moontoon
Release Date: 2016-07-11
Android, iOS
Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan mobile multiplayer online battle arena (MOBA) yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Shanghai Moonton Technology. Pilih pelbagai hero dari pelbagai kelas untuk melawan pihak lawan sekarang!
Tags: chinaMobile Legendspakaian
Previous Post

Sebanyak 20 peratus anime pada tahun 2021 bergenre Isekai menurut statistik Crunchyroll!

Next Post

Video pendek Demon Slayer memberitahu rahsia poligami dalam keluarga Uzui!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Video pendek Demon Slayer memberitahu rahsia poligami dalam keluarga Uzui!

Video pendek Demon Slayer memberitahu rahsia poligami dalam keluarga Uzui!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd