Zaman makin maju dan sekeliling kita penuh dengan ramai content creator atau pencipta kandungan, tidak kisahlah diantara platform Youtube, Laman Web Blogging, Facebook, dan tidak kira dari segi gaming, perlancongan atau makanan sekali pun, selalu kita terfikir untuk menjadi seperti pencipta-pencipta kandungan yang popular ini. Kali ini, mimpi anda mungkin akan jadi kenyataan kerana MSI akan mengadakan acara MSI Playground untuk bengkel Youtuber/Vlogger!
Kali ini MSI telah menjemput seorang Techtuber yang popular iaitu Rin Mansor. Rin Mansor sangat popular dengan kehidupan mengreview gajet-gajet terbaru dan menyampaikanya dalam berbahasa ibunda iaitu Bahasa Malaysia di laman Facebooknya! Dan itu tidak menghalangnya dari mendapat ramai follower dan terus memberi kandungan yang terbaik kepada peminatnya dan melakukan segalanya sendiri!
Bengkel MSI Playground kali ini akan berlansung pada 23 Februari dimana Rin Mansor akan memberi ucapan mengenai strategi media sosial untuk memberi peserta idea tentang apa yang diharapkan untuk aliran kerja pencipta kandungan. Kemudian, dia akan memberikan tutorial kepada para peserta tentang cara merakam menggunakan kamera. Akhirnya dan yang paling penting, dia akan membimbing Youtubers pada masa akan datang untuk mengedit usaha mentah mereka dengan laptop MSI Content Creation supaya pengakhiran video kelihatan hebat dan merebut gelang mata.
Bengkel “How to become a Content Creator” yang memaparkan Rin Mansor ini akan berlansung di MSI Concept Store di BB Park (berhadapan Plaza Low Yat) pada 23 Februari 2020. Pada sesiapa yang berminat ingin menjadi Youtubers atau Vloggers anda boleh sertai bengkel ini dengan mendaftar di Event page Facebook acara ini. Jadi cepat-cepat klik ‘going’ untuk menyimpan slot anda untuk bengkel ini!
Jangan biarkan mimpi anda kecundang dan sertai bengkel MSI Playground bersama Rin Mansor dan ketahuilah cara untuk menjadi pencipta kandungan yang hebat!
@gamersantaimy
Discussion about this post