Anda semua dah merasakan minggu kehangatan cinta makin membuak-buak tak? Vault Hunter anda juga harus bersedia! Gearbox dan 2K berkongsi ‘Community Love Letter‘ terbaru dengan mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan yang berterusan dan turut mendedahkan pelan tindakan kemaskini yang merangkumi acara bermusim terbaru, peningkatan ‘Level Cap’ dan beberapa peningkatan lain yang akan datang ke Borderlands 3. Anda boleh saksikan The Borderlands Show dibawah ini bersama lead Graeme Timmins ;
Acara bermusim terbaru ini adalah percuma untuk semua pemain yang akan menjadi penawar untuk kepatahan hati dalam musim Valentine ini yang diberi nama Broken Hearts Day! Pada yang ‘forever alone’ atau sentiasa kecundang dalam cinta, jangan risau, cinta akan berterbangan dalam dunia Borderlands 3 yang termasuk efek menembak akan menjadi unik! Selain itu musuh yang tewas turut akan menjadi loot yang banyak! Semakin anda putus cinta semakin banyak ganjaran yang anda bakal membuka dan itu termasuk skin istimewa serta senjata Legendary yang unik untuk acara ini.
Acara Broken Heart Day boleh dibuka dan ditutup dalam menu permainan yang membenarkan pemain boleh sertai acara ini pada bila-bila masa sehingga 21 Februari ini. Acara ini akan bermula 7am 14 Februari 2020 hingga 12:59 am 21 Februari 2020.
Sebagai tambahan dalam acara terbaru ini, Gearbox turut mengumumkan juga mengumumkan peningkatan tahap pertama (level cap) Borderlands 3! Sama masa dengan debut Broken Hearts Day, tahap maksimum Vault Hunter akan meningkat dari 50 hingga 53. Ini akan memberi anda tiga mata kemahiran tambahan untuk menambah pokok kemahiran anda, membolehkan anda meningkatkan binaan yang sedia ada atau percubaan dengan kebolehan tambahan.
Bukan itu sahaja yang Gearbox dan 2K umumkan. Community Love Letter juga memasukkan butiran baru mengenai setiap peningkatan yang akan datang:
- True Vault Hunter Mode;
- Skippable Cutscenes;
- Guardian Rank Toggling;
- Event Toggling;
- Fight for Your Life Improvements;
- Mayhem 2.0;
- Twitch ECHOcast Extension Additions.
Ia adalah gempak, penglihatan komprehensif mengenai kemas kini percuma yang dirancang untuk Borderlands 3 dalam beberapa bulan akan datang. Jadi untuk semua butiran ini anda boleh lihat dilaman web rasmi Borderlands 3. Dan untuk melihat pengembangan kempen berbayar kedua, kejar Gearbox Panel di PAX East pada hari Jumaat, 28 Februari pukul 3:30 pagi GMT + 8. Dapatkan penampilan pertama anda pada add-on seterusnya, serta pelan hala kandungan masa hadapan untuk Borderlands 3. Panel akan disiarkan secara langsung di saluran Borderlands Twitch.
@gamersantaimy
Discussion about this post