Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

1001 Threads of Mizan – Sebuah Game Aksi Co-Op Arab Yang Hidupkan Hikayat Seribu Satu Malam

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 28, 2026
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Multiplayer, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
1001 Threads of Mizan – Sebuah Game Aksi Co-Op Arab Yang Hidupkan Hikayat Seribu Satu Malam
Share on FacebookShare on Twitter

Studio baharu MBC Game Studio telah mengumumkan 1001 Threads of Mizan… sebuah game aksi-pengembaraan yang diinspirasikan daripada dongeng Hikayat Seribu Satu Malam (One Thousand and One Nights).

Diperkenalkan di gamescom Opening Night Live, game ini sedang dibangunkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X/S, Nintendo Switch 2, serta PC melalui Steam dan Epic Games Store. Walaupun tarikh pelancaran masih belum diumumkan, trailer pertama dan butiran awal gameplay yang dikongsikan sudah mula mencuri perhatian ramai.

1001 Threads of Mizan direka khas untuk satu hingga tiga pemain, membolehkan anda bermain bersama rakan-rakan dalam mod co-op atau menempuh kempen cerita secara solo.

Pemain akan mengawal salah seorang daripada tiga wira unik (Yusra, Malik, dan Sufyan) yang diceritakan oleh Shahrazad. Bersama, mereka perlu mencari teknologi purba yang hilang, dikenali sebagai Mizan, bagi menghalang ancaman daripada seorang raja jin yang berniat membalas dendam dan mengancam kesejahteraan dunia.

Tarikan utama gameplay ini terletak pada sistem pergerakannya. Pemain menunggang karpet terbang yang berfungsi seakan-akan hoverboard untuk meluncur pantas di atas padang pasir yang luas serta bertukar antara combat di darat dan di udara.

Selain melawan musuh biasa, combat memberi tumpuan besar kepada pertarungan boss mega yang mempunyai beberapa fasa menentang jin gergasi. Anda boleh menjunam, mengelak, dan melancarkan serangan udara bersama rakan sepasukan untuk menumbangkan raksasa tersebut.

Memandangkan mitologi Norse, Yunani, dan Jepun sudah kerap diadaptasi dalam game, melihat sebuah projek AAA berdasarkan kisah hikayat Arab sebenarnya amat mengejutkan. Rupa padang pasir, latar budaya yang kaya, serta kehadiran makhluk mitos menjadi antara tarikan kepada para pemain.

Selain itu, MBC Game Studio disokong oleh gergasi media Arab Saudi, MBC Group. Walaupun masih baharu dalam industri, ahli-ahli studio sebenarnya terdiri daripada tenaga kerja yang sangat berpengalaman. Dipimpin oleh CEO Daniel Engelhardt dan COO Trevor Williams, studio ini dibarisi pembangun veteran yang sebelum ini pernah berkhidmat di studio ternama seperti BioWare, Ubisoft Montreal, Bungie, dan Hi-Rez Studios.

Tags: 1001 Threads of Mizan
ShareTweetSend
Previous Post

Game Baru ‘Nodusfall’ Oleh HoYoverse Sah Tiada Character Gacha

Next Post

Kisah Sebenar Kelahiran Pokémon & 30 Tahun Membina Dunianya Bersama CEO Tsunekazu Ishihara

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Kisah Sebenar Kelahiran Pokémon & 30 Tahun Membina Dunianya Bersama CEO Tsunekazu Ishihara

Kisah Sebenar Kelahiran Pokémon & 30 Tahun Membina Dunianya Bersama CEO Tsunekazu Ishihara

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd