Selepas pengumuman mengejut Nodusfall di gamescom Opening Night Live, pihak HoYoverse mengesahkan bahawa pemain tidak perlu bergantung pada “gacha rawak” untuk mendapatkan watak baharu.
Menerusi temu bual bersama PC Gamer, pasukan pembangun menjelaskan bahawa Nodusfall merupakan sebuah game free-to-play berkonsepkan live-service jangka panjang. Namun, berbeza dengan Genshin Impact, Honkai: Star Rail, mahupun Zenless Zone Zero, kesemua watak dan elemen gameplay utama akan dibuka melalui “progression gameplay”, bukannya melalui cabutan banner secara rawak.
Dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5, rupa dan gameplay Nodusfall langsung tidak menyerupai barisan game bergaya anime yang sinonim dengan HoYoverse sebelum ini. Menggantikan dunia cel-shaded yang warna-warni, game ini tampil dengan estetika yang lebih gelap dan realistik dengan suasana seakan-akan Elden Ring bersama elemen pemburuan raksasa secara skuad ala Monster Hunter.
Berlatarkan dunia hancur di mana aturan dewa telah runtuh, pemain akan memegang peranan sebagai “Weavers”. Melalui pembentukan squad secara multiplayer, pemain perlu menyusun strategi serangan, mengurus gaya combat, dan memburu raksasa mitologi gergasi yang telah tercemar, dikenali sebagai Dreadnodi. Menumpaskan raksasa-raksasa ini akan memberi ganjaran berupa bahan untuk menghasilkan senjata baharu serta membuka pelbagai skill watak.
Bagi kebanyakan gamer, ketiadaan character gacha adalah satu kelegaan yang besar. Dalam game gacha biasa, membina barisan watak yang kuat selalunya memerlukan pemain berbelanja ratusan ringgit untuk top-up atau grinding misi berbulan-bulan lamanya semata-mata untuk bertarung nasib dengan sistem 50/50 pity.
Tanpa sebarang character banner, HoYoverse mengesahkan bahawa kosmetik akan menjadi fokus utama untuk sistem monetization mereka. Walaupun belum dipastikan sama ada skin dan pakaian akan dijual di in-game cash shop atau diletakkan dalam gacha, pemain sekurang-kurangnya tidak perlu bimbang tentang mekanik gameplay atau watak yang dikunci di sebalik paywall.
Setakat ini, Nodusfall masih belum mempunyai tarikh pelancaran rasmi atau pengesahan platform.








Discussion about this post