Selepas teaser baru yang didedahkan oleh GameStart 2019, itu kini bermaksud kita boleh main demo FINAL FANTASY VII REMAKE di acara tersebut. Bagi mereka yang tidak tahu, FINAL FANTASY VII REMAKE adalah rekaan semula kepada permainan video yang sama pada tahun 1997 dalam bentuk RPG dan diubah semula serta ditingatkan dalam versi baru. FINAL FANTASY VII REMAKE berlangsung di bandar raya Midgar dan memberi pengalaman permainan yang segar sebagai titik permulaan untuk siri ini.
Sistem pertempuran di FINAL FANTASY VII REMAKE sangat berbeza dengan yang lama. Judul baru mempunyai sistem pertempuran hibrid yang menggabungkan real-time action dengan pertempuran berasaskan strategi yang kamu boleh lihat di permainan lama. Kamu boleh lihat di ulasan lama kami.
[TGS 2019] Perubahan ketara dari yang lalu membuatkan FINAL FANTASY VII REMAKE Mengagumkan!!
Bayangkan satu pengalaman pertempuran dalam permainan RPG yang menggabungkan aspek terbaik daripada setiap judul Final Fantasy tetapi tinggalkan semua ciri-ciri yang berulang-ulang atau menjengkelkan, dan kini kamu mempunyai pemahaman asas tentang apa perasaannya untuk bermain Cloud, Barrett, Tifa dan seluruh skuad AVALANCHE dalam FINAL FANTASY VII REMAKE!
Macam-macam booth lain juga kita boleh cuba di GameStart 2019, dan untuk tahu lebih, kamu boleh baca sini. Apa-apa pun, kami akan laporkan secepat mungkin. Yang penting, jumpa kamu di GameStart 2019 yang bakal berlangsung di Suntec Convention Centre Halls, Singapura pada 12 dan 13 Oktober ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post