Seperti yang semua tahu minggu ini kita mempunyai satu acara permainan yang besar di Tokyo iaitu Tokyo Game Show 2019! Pelbagai perkongsian maklumat, demo permainan, pelancaran permainan yang ada disana. Kami sendiri tidak melepaskan peluan dan berada di Tokyo semata-mata untuk berkongsikan pengalaman disini! Tak Tokyo la kan kalau tidak mencuba sendiri permainan yang paling digemari di seluruh dunia iaitu Final Fantasy, jadi kami akan berkongsikan serba sedikit ulasan pengalaman bermain demo Final Fantasy VII Remake semalam!
Dalam demo percubaan ini kami berpeluang bermain selama 15 minit, tetapi maaf kali ini kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar atau video hanyalah beberapa tangkapan skrin yang dibenarkan oleh pihak Square Enix.
Final Fantasy VII adalah sebuah permainan RPG yang hadir untuk PlayStation 1 pada tahun 1997. Pembuatan semula permainan ini telah diumumkan awal tahun lalu dan kami turut berkongsikan banyak artikel mengenai Final Fantasy VII Remake ini. Menceritakan mengenai Cloud Strife seorang tentera upahan yang menyertai organisasi eko-pengganas untuk menghentikan megacorporation yang mengawal dunia daripada menggunakan intipati planet ini sebagai sumber tenaga. Peristiwa menghantar Cloud dan sekutunya untuk mengejar Sephiroth, seorang superhuman yang berniat memusnahkan planet mereka. Semasa perjalanan, Cloud membina persahabatan yang rapat dengan ahli partinya, termasuk Aerith Gainsborough, yang memegang rahsia untuk menyelamatkan dunia mereka.
Kita sambung semula dengan demo gameplay 15 minit yang kami dapat cuba sendiri; Didalam permainan ini kita mempunyai kebolehan, mantra/jampi dan arahan barangan dan arahan terhad jika gauge yang terhad telah penuh. Setiap watak mempunyai kebolehan tersendiri dan cara mengawalnya juga berbeza-beza, jadi ini antara kebolehan dalam watak yang kami sempat cuba;
Peta Midgar masih mengekalkan konsep yang asal tapi diberi nafas baru dari segi kualitinya, bertemakan kegelapan, steampunk modern dan lebih tambahan warna untuk menyerlahkan lagi Midgar!
Kebolehan Cloud Strife (senjata Broadswords)
- Braver – merupakan Soul Break unik Cloud yang hanya boleh diguna menggunakan Buster Sword. Kebolehanya menangani serangan kerosakan fizikal bukan unsur yang berat kepada musuh tunggal dan kos dua bar dari gauge Soul Break untuk melakukanya.
- Serangan istimewa – Focused Thrust, Triple Slash
Kebolehan Barret Wallace (senjata Gun-arms)
- Menggunakan tanganya yang mempunyai senjata seperti machine gun, Barret mampu mengunakan serangan Steel Skin, Focused Shot dan Bullet Barrage
Secara amnya, kegunaan Keupayaan dan Barangan akan menolak gauge ATB. Dalam demo ini memang kami dapat menggunakan sehingga 2 ATB gauge untuk satu watak, jadi kami masih tidak dapat memastikan adakah ia akan ditambah atau tidak. Jampi menggunakan MP, dimana ianya tidak akan terus terisi selepas pertempuran, jadi kita harus gunakanya dengan terhad kecuali diisi semula menggunakan item atau rehat.
Gauge terhad hanya akan terisi bila anda menerima serangan, dalam demo ini gauge terhad untuk Cloud adalah Cross Slash, untuk Barret masih tidak pasti sebab dia jarang kena serangan). Berlindung (Guarding) akan mengurangkan kerosakan yang mendatang walaupun anda menghadapi serangan dari arah lain.
Kita juga boleh menyerang, mengelak, dan menyekat dalam masa nyata dan semasa anda menangani kerosakan, anda akan membina tenaga ATB. Mengelak agak menarik, sebab terdapat banyak kebebasan dalam penggerakkan dimana untuk mengelak. Jadi elak sahaja selepas melakukan serangan.
Berlawan dengan Bos
Dalam demo ini, kami turut dapat melawan dengan satu bos iaitu Scorpion Sentinel yang sebenarnya mempunyai ‘stagger gauge’. Jadi kita harus perhatikannya untuk menyerang bahagian lemah, bos akan terhutung hayang dan tidak dapat begerak untuk seketika jadi ketika itulah lebih banyak peluang untuk kita menyerangnya.
MelawanScorpion Sentinel sebenarnya mempunyai 4-5 fasa, ditambah pula dengan scene 1 fasa ke fasa yang berikut membuatkan anda merasa seperti menonton filem scifi.
Pengalaman keseluruhan
Kesegaran dalam Final Fantasy VII Remake memang ternyata memuaskan hati dan tersangatlah berbeza berbanding zaman RPG old skool dahulu. Terdapat banyak reka bentuk inovatif dilaksanakan seperti bos yang mengejutkan, cara baru menggunakan ukuran bar ATB, gunakan lebih persekitaran di medan perang. Terdapat juga fasa dalam pertempuran bos dimana ia akan mengecas dan menembak laser yang besar dan kita perlu berlindung di belakang serpihan untuk mengelak kerosakan.
Pembezaan di antara watak dan kegunaanya akan mejadi tersangatlah berbeza. Bermain sebagai Barret membolehkan kami menyerang musuh dari jarak yang selamat, juga membantu Cloud untuk mendapatkan lebih serangan dari arah yang lebih berjarak. Cloud lebih sesuai untuk serangan jarak dekat dan memberi lebih kerosakan terhadap musuh.
Walaupun banyak lagi mekanik permainan, skill tree, kuasa watak lain, item, barangan yang kami tidak dapat cuba, kami pasti lebih banyak kelebihan akan hadir di Final Fantasy VII Remake ini! Kami rasa tak sabar dengan pelancaranya 3 March 2020 nanti! Mesti menjadi satu permainan yang gempak lah tahun hadapan!
@gamersantaimy
Discussion about this post