Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tarikh tayangan semua filem Marvel Cinematic Universe Phase 4 didedahkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 4, 2021
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Tarikh tayangan semua filem Marvel Cinematic Universe Phase 4 didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas tayangan WandaVision dan The Falcon and the the Winter Soldier, ramai peminat yang tidak sabar untuk melihat apa yang akan datang di MCU. Baru diumumkan semalam, Marvel telah mengeluarkan video baru yang memberi pelbagai info visual termasuk tarikh tayangan untuk Marvel Cinematic Universe Phase 4!

Dengan menggunakan naratif dari mendiang Stan Lee, trailer diatas menunjukkan beberapa klip pendek untuk filem MCU lama, sebelum menunjukkan adegan untuk filem MCU akan datang. Selepas klip filem Black Widow dan Shang-Chi ditunjukkan, kita akhirnya dapat melihat klip pertama untuk filem Eternals.

Ini mungkin adalah projek yang paling misteri di MCU dan menampilkan bintang-bintang besar termasuk Angelina Jolie, Salma Hayek, dan Kumail Nanjiani. Dari apa yang penonton dapat melihat, filem ini akan mempunyai gaya yang jauh lebih berbeza berbanding filem lain di MCU.

Selepas itu, trailer bersambung ke projek-projek lain yang bakal keluar pada tahun 2022-2023. Ini termasuk dua sekuel yang sangat dinantikan, iaitu Black Panther 2 yang secara rasmi diberi tajuk Black Panther: Wakanda Forever dan Captain Marvel 2 yang diberi tajuk The Marvels. Tajuk The Marvels agak lain daripada lain kan? Ini kerana ramai yang menjangka Carol Danvers akan bekerjasama bersama Kamala Khan, dan Monica Rambeau bagi membentukkan pasukan baru.

Selebihnya, trailer ini mendedahkan projek yang sudah disahkan dan tarikh tayangannya. Ini termasuk tarikh tayangan untuk Ant-Man and the Wasp: Quantumania dan Guardians of the Galaxy Vol. 3. Di penghujung video, ia diakhiri dengan logo filem Fantastic Four oleh Jon Watts, tetapi tarikh tayangan rasmi tidak diumumkan untuk projek tersebut.

Berikut adalah tarikh tayangan untuk filem Marvel Cinematic Universe Phase 4:

  • Black Widow – 9 Julai 2021
  • Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings – 3 September 2021
  • Eternals – 5 November 2021
  • Spider-Man: No Way Home – 17 Disember 2021
  • Doctor Strange in the Multiverse of Madness – 25 Mac 2022
  • Thor: Love and Thunder – 6 Mei 2022
  • Black Panther: Wakanda Forever – 8 Julai 2022
  • The Marvels – 11 November 2022
  • Ant-Man and the Wasp: Quantumania – 17 Februari 2023
  • Penjaga Galaxy Vol. 3 – 5 Mei 2023

Sumber – Marvel Studios

Tags: black pantherblack widowEternalsfilemMarvelMarvel Cinematic UniverseMarvel Cinematic Universe Phase 4mcuShang-ChiThe Marvels
Previous Post

Blizzard dan Fox mencetuskan pergaduhan tanda dagangan watak Diablo!

Next Post

MLBB dan McDelivery berkolaborasi memberikan “Meal” epik kepada peminat MPL Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Next Post
MLBB dan McDelivery berkolaborasi memberikan “Meal” epik kepada peminat MPL Malaysia!

MLBB dan McDelivery berkolaborasi memberikan "Meal" epik kepada peminat MPL Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd