Mobile Legends: Bang Bang MLBB dan McDelivery hari ini mengumumkan kolaborasi baru untuk menyajikan ‘meal’ yang epik bagi peminat-peminat MPL Malaysia. Peminat berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah ‘in-game items’ yang bernilai lebih USD 11,000. MPL Malaysia Musim Ke-7 mengumpulkan 10 pasukan terhebat di Malaysia untuk merebut hadiah terkumpul berjumlah USD 100,000.
Ini merupakan kejohanan sulung MPL Malaysia setelah 6 musim bergabung dengan Singapura. Dua pasukan teratas musim ini akan mewakili Malaysia di peringkat asia tenggara, MSC 2021 Jun nanti. Saksikan Playoff MPL Malaysia Musim Ke-7 secara langsung pada 28hb hingga 30hb Mei 2021 di YouTube Channel Mobile Legends: Bang Bang. Nikmati snek sambil menonton pelawanan e-sukan yang gempak!
Tawaran promosi 6pcs Chicken McNuggets percuma
Snek terbaik untuk dimakan sewaktu Playoffs MPL Malaysia Musim Ke-7 adalah 6 ketul Chicken McNuggets® yang boleh didapatkan secara percuma dengan memasukkan ‘MPLNUGGETS’ sewaktu pembelian di McDelivery. Promosi ini akan berlangsung sepanjang 14 – 31 Mei 2021 dan hanya tertakluk untuk pembelian lebih RM50 dalam satu resit.
Pelbagai hadiah yang mengiurkan untuk dimenangi
McDelivery juga akan mengumukan beberapa giveaway di platform sosial McDonald’s dimana para peminat Mobile Legends: Bang Bang boleh memenangi ‘Skin’ eksklusif dan ‘in-game items’ yang berjumlah USD 11,000. Adakah anda tahu semua perkara mengenai Mobile Legends: Bang Bang? Uji pengetahuan anda dengan mengambil bahagian dalam teka-teki mudah, Soal Jawab, atau pertandingan mini di laman Instagram McDonald untuk memenangi hadiah menarik!
McDonalds percuma bagi MVP!
Bukan sahaja peminat yang bakal memenangi hadiah dari McDonald’s. Malah, pemain terbaik Playoffs (Playoffs MVP) akan memenangi bekalan McDonald’s selama setahun! Bukan itu sahaja, pengulas atau Caster terbaik juga akan membawa pulang baucar McDonald’s berjumlah RM1,000.
Jadi menarik betul tidak tawaran Mobile Legends: Bang Bang MLBB dan McDelivery ini? Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman web rasmi MLBB dan McDonalds Malaysia.
@gamersantaimy
Discussion about this post