Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Blizzard dan Fox mencetuskan pergaduhan tanda dagangan watak Diablo!

Aik Diablo ada dalam siri animasi tetapi adalah watak anjing?! Patutlah kawan tu mengamuk~

Nyny.A by Nyny.A
May 4, 2021
in Animasi, Artikel, Berita, Genre, Movie/siri
0 0
0
Blizzard dan Fox mencetuskan pergaduhan tanda dagangan watak Diablo!
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda semua dengar nama Diablo, sudah semesti ramai peminat tahu dari mana ia datang jika tidak lain tidak bukan permainan hack-and-slash yang penuh kegelapan oleh Blizzard Entertainment kan? Tetapi nampaknya baru-baru ini nama Diablo turut diberi kepada watak animasi yang dijadualkan hadir hujung bulan ini, sehingga mencetuskan pergaduhan di U.S. Patent dan Trademark Office di antara Blizzard Entertainment dan Fox Media!

Blizzard telah mengajukan penentangan terhadap permohonan Fox Media untuk tanda dagangan pada perkataan “Diablo”, dengan alasan, seperti yang anda jangkakan, bahawa ia memegang tanda dagangan untuk jangka masa yang lama kini, dan bahawa produk yang mempunyai tanda “telah menikmati kejayaan komersial yang luar biasa, memenangi pelbagai industri anugerah, dan telah menjadi perhatian media yang besar dan tidak diminta.”

Penentangan datang secara khusus sebagai tindak balas terhadap dua pemfailan untuk Fox menggunakan nama Diablo seperti makanan haiwan peliharaan dan barangan seperti berus, air minuman dan sebagainya. Blizzard menyatakan pemfailan Fox adalah untuk “barang dagangan yang berkaitan dengan siri televisyen atau harta hiburan lain,” yang akan menjadi siri animasi akan datang “Housebroken“ di Fox. Siri ini adalah mengenai sekumpulan haiwan peliharaan kejiranan dan haiwan liar yang berkongsi pemikiran dan perjuangan mereka dalam sesi terapi kumpulan, termasuk seekor anjing bernama…. Yayaya~ Diablo.

I'm not upset about getting to meet Diablo. 😊#HouseBroken premieres May 31! #AniDomMonday pic.twitter.com/QeUi9ks4lN

— HouseBrokenFOX (@HouseBrokenFOX) April 22, 2021

Blizzard jelas mempunyai tuntutan yang sah pada tanda dagang, jadi apa yang dipersoalkan adakah cukup atau terlalu banyak persamaan antara pegangannya dan apa yang diajukan oleh Fox. Pemfailan Diablo-nya mungkin tampak sangat aneh, tetapi Blizzard telah menggunakan istilah ini dengan sangat luas, “termasuk peralatan minum, alat pemotong minuman, pembuka botol, beg tali serut, patung, statue, buku, dan jurnal,” menurut pemfailan itu.

Buat masa sekarang, Fox Media telah pun tahu mengenai penentangan Blizzard ini dan mempunyai 40 hari bermula 26 April untuk memberi pembalasan. Fox Media ini pun satu hal, dah tahu nama komersial Diablo dah sememangnya popular, dengan baru-baru ini pendedahan Diablo Immortal, juga Diablo II: Resurrected yang akan datang. Fox Media sememangnya popular dengan beberapa siri animasi yang ditayangkan di siarannya seperti The Simpson, Futurama dan banyak lagi. Jadi apa jawapan Fox? Kita nantikan kenyataan rasmi pembalasannya kelak ok!

Sumber: PCGamesN.

Tags: Blizzard EntertainmentDiabloDiablo HousebrokenFox MediaHousebroken
Previous Post

Sony mengumumkan kerjasama dengan Discord untuk menghasilkan platform sosial PlayStation

Next Post

Tarikh tayangan semua filem Marvel Cinematic Universe Phase 4 didedahkan!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Tarikh tayangan semua filem Marvel Cinematic Universe Phase 4 didedahkan!

Tarikh tayangan semua filem Marvel Cinematic Universe Phase 4 didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd