Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tak pandai nak lukis gaya anime? Jangan risau! Ada program yang boleh cantikkan lukisan korang!

Maira by Maira
January 6, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Teknologi
0 0
0
program lukis anime
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda peminat anime, sudah tentu anda akan jumpa banyak lukisan yang hebat-hebat. Anda juga pasti ingin melukis sehebat mereka, tetapi tidak semua daripada kita pandai untuk melukis gaya anime. Lebih-lebih lagi jika kita memang terlampau sibuk untuk belajar melukis dan program baru. Tetapi kini ada satu program yang sedang dibangunkan oleh seorang jurutera perisian yang membolehkan anda lukis watak anime comel daripada lakaran kasar sahaja.

Jurutera dari Jepun, Takasaka melalui akaun Twitternya telah menyiarkan sebuah videoa demonstrasi menunjukkan bagaimana program lukisan itu berfungsi. Anda boleh lihat lakaran kasar yang yang dilukis bertukar menjadi watak anime comel pada waktu sebenar. Video itu terus tular dalam kalangan ramai pelukis dan peminat anime.

スケッチからイラストをリアルタイムで自動生成する実験をしています。
これまで全く絵を描いたことがない人でも、それなりのクオリティのイラストを短時間で描けるようになればいいなと考えています。
次はパラメータスライダーを追加して、描いた後に画風や形状を変更できるようにする予定です。 pic.twitter.com/NgE2xFhzsh

— 高坂 (@t_takasaka) January 2, 2022

Saya sedang bereksperimen dengan generator ilustrasi secara automatik ini daripada lakaran dalam masa nyata. Saya harap orang yang tidak pernah melukis ilustrasi pon boleh melukis dengan kualiti yang bagus dalam masa yang singkat. Seterusnya, kami merancang untuk menambah parameter slider supaya anda boleh menukar gaya dan bentuk selepas melukis.

t_takasaka

Selepas video pertama itu tular, takasaka mengongsikan satu lagi video yang menerangkan apa yang anda boleh lakukan selepas siap lakaran. Parameter slider yang tersedia akan membolehkan anda untuk mengubah gaya, bentuk, bayang-bayang, orientasi muka dan banyak lagi. Jika anda ingin tahu, terdapat 512 jenis parameter yang boleh diubah. Takasaka juga berkata bahawa selepas ini dia merancang untuk membuat 3D model secara automatik daripada lukisan.

スケッチからイラストをリアルタイムに自動生成する実験の続きです。
パラメータスライダーを追加して、描いた後に画風や形状、落ち影、顔向きなどを変更できるようにしてみました。パラメータは512種類(詳細に設定すると8192種類)あります。
次は3Dモデルの自動生成と組み合わせる予定です。 pic.twitter.com/oGOXPBZsbq

— 高坂 (@t_takasaka) January 4, 2022

Takasaka kini bekerja di sebuah syarikat perisian yang dikenali sebagai Vroid Studio. Jika anda berada dalam dunia 3D, rata-rata akan mengenali perisian ini untuk membuat watak anime 3D dengan mudah. Berbanding menghabiskan masa belajar modelling dan software 3D anda hanya perlu biasakan diri dengan teknologi ini untuk mendapatkan model 3D anime anda sendiri.

RelatedPosts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

program lukis anime

Bila melihat teknologi maju kini, program ini nampaknya sesuatu yang mungkin digunakan oleh ramai orang. Bukan setakat itu, pada masa depan ia mungkin salah satu perisian yang digunakan dalam industri anime. Apa pendapat anda mengenai program ilustrasi ini? Adakah anda ingin mencuba program ini? Boleh kongsikan kepada kami. Untuk liputan lain mengenai teknologi, sila klik pautan ini.

Sumber: AnimeSenpai

Tags: animeProgram ilustrasiSoftware
Previous Post

Sekuel kepada Initial D, anime MF Ghost akan meneruskan legasi pada 2023!

Next Post

Secretlab Pokémon Collection akan tersedia di Malaysia minggu ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Secretlab Pokémon Collection akan tersedia di Malaysia minggu ini!

Secretlab Pokémon Collection akan tersedia di Malaysia minggu ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd