Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sekuel kepada Initial D, anime MF Ghost akan meneruskan legasi pada 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 6, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Sekuel kepada Initial D, anime MF Ghost akan meneruskan legasi pada 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

MF Ghost, sekuel kepada siri manga/anime lumba klasik Initial D oleh Shuichi Shigeno, telah mengeluarkan treler teaser pertama untuk adaptasi anime akan datang.

Teaser itu dimuat naik di halaman YouTube rasmi Avex Pictures dan memperkenalkan kita kepada watak-watak baharu dan latar belakang yang lebih moden. Bagi mereka yang tidak tahu, Initial D menampilkan kereta sebenar, jadi sudah tentu MF Ghost akan meneruskan legasi tersebut.

Fokus kali ini ialah Toyota 86, yang menggantikan AE86 Corolla dari siri original sebagai kereta utama. Butiran tambahan tentang anime MF Ghost seperti pelakon suara dan krew di sebalik tabir tidak didedahkan tetapi ia disahkan akan keluar pada tahun 2023.

Image

MF Ghost berlangsung beberapa tahun selepas Initial D dan mengisahkan protagonis baharu, Kanata Livington. Livington ialah seorang remaja separuh Jepun, separuh British yang menggunakan sebuah Toyota 86 tersuai untuk berlumba dengan kereta super seperti Lamborghini Huracan, Lexus LC500 dan Ferrari 488 GTB. Walaupun kereta-kereta ini lebih handal dari segi kelajuan, Livington mempunyai satu kelebihan iaitu dia dilatih dalam “seni drifting” oleh Takumi Fujiwara, protagonis Initial D.

Image

Anime ini adalah berdasarkan siri manga dengan nama yang sama, yang pertama kali diterbitkan pada 2017. Walaupun mencipta beberapa siri manga yang berjaya, Initial D merupakan karya Shigeno yang paling diiktiraf di peringkat antarabangsa. Menceritakan tentang budaya perlumbaan drifting di Jepun dan elemen-elemen yang berkait, Initial D telah terjual lebih dari 48 juta salinan di seluruh dunia, dan diadaptasikan ke pelbagai media lain. Sega juga telah mencipta beberapa game Initial D, yang juga boleh dicuba di arked Malaysia.

Initial D Final Stage wallpapers, Anime, HQ Initial D Final Stage pictures  | 4K Wallpapers 2019

Versi anime diadaptasikan bermula tahun 1998 hingga 2014, lalu menjadi trilogi filem animasi, yang dikeluarkan di Jepun dari 2014 hingga 2016. Sebuah filem aksi langsung berdasarkan manga juga telah dikeluarkan di Hong Kong pada tahun 2005, dan dibintangi oleh Jay Chou dan Edison Chen.

Sumber – ANN

Tags: animeInitial DMF Ghost
Previous Post

Laptop baru ASUS TUF Gaming & TUF Dash diumumkan, semuanya upgrade ke gen baru!

Next Post

Tak pandai nak lukis gaya anime? Jangan risau! Ada program yang boleh cantikkan lukisan korang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Virtua Fighter Crossroads – Tukar Genre Ke ‘Fighting Adventure,’ Akan Datang 2027
Berita

Virtua Fighter Crossroads – Tukar Genre Ke ‘Fighting Adventure,’ Akan Datang 2027

June 6, 2026
Monster Hunter Wilds Kini Dalam Pembangunan Untuk Nintendo Switch 2
Nintendo Switch 2

Monster Hunter Wilds Kini Dalam Pembangunan Untuk Nintendo Switch 2

June 6, 2026
Monster Hunter Wilds Umum Expansion Besar ‘Ascendance’ – Kushala Daora & Lao-Shan Lung Kembali!
DLC

Monster Hunter Wilds Umum Expansion Besar ‘Ascendance’ – Kushala Daora & Lao-Shan Lung Kembali!

June 6, 2026
Next Post
program lukis anime

Tak pandai nak lukis gaya anime? Jangan risau! Ada program yang boleh cantikkan lukisan korang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd