Taipei Game Show 2020 yang sepatutnya dijadualkan semula 25 hingga 28 Jun 2020 nampaknya akan dibatalkan secara rasmi! Kerana peningkatan wabak coronavirus (COVID-19) berterusan, juga untuk mematuhi peraturan terbaru oleh Taiwan CDC bagi menangguhkan semua acara dalaman dengan 100 peserta sebagai kriteria evaluatif.
Selepas berunding dengan kebanyakan peserta mengenai keselamatan dan kesihatan, jawatankuasa penganjur secara rasmi sebulat suara untuk membatalkan Taipei Game Show 2020 (B2C Zone, B2B Zone) dan Asia Pacific Game Summit. Juga, pasukan TGS akan mengatur pembayaran balik dan pengekalan penuh kepada semua peserta pameran bayaran dan deposit.
Manakala jika wabak coronavirus ini akan reda, tahun hadapan Taipei Game Show 2021 akan kembali semula kepada peminat yang menantikannya dengan tarih baru 28 hingga 31 Januari 2021.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencirikan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac dan dengan mengikuti peraturan CDC Taiwan seperti sekatan kemasukan untuk warga asing ke Taiwan dan garis panduan perhimpunan massa. Jawatankuasa penganjur menunjukkan bahawa Taipei Game Show mungkin menyebabkan kecuaian walaupun berhati-hati kerana ia telah mengumpulkan 300K kunjungan setiap tahun dan tambahan pula, sebanyak 235 kes yang disahkan telah berlaku setakat ini di Taiwan.
Beberapa peserta pameran, pelawat perdagangan, pemaju permainan dan tetamu tidak boleh masuk ke Taiwan kerana kawalan sempadan. Keutamaan sekarang adalah untuk mematuhi garis panduan dan tindakan balas yang diumumkan oleh pihak berkuasa kerajaan dan mencegah wabak daripada meluas lebih. Oleh itu, mereka memutuskan untuk membatalkan Taipei Game Show 2020
Sementara itu, jawatankuasa penganjur merancang lebih lanjut dengan “Online Business Matching Event” dan “Taipei Game Show LIVE!” untuk mempamerkan pengumuman dan berita terkini. Kemas kini akan dikongsi di laman web rasmi Taipei Game Show.
@gamersantaimy
Discussion about this post