Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ONE PIECE: 10 lanun kuat yang harus diberi perhatian di New World!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 25, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
ONE PIECE: 10 lanun kuat yang harus diberi perhatian di New World!
Share on FacebookShare on Twitter

New World merujuk kepada separuh Grand Line di dunia One Piece yang lautannya diperintah oleh Four Emperors atau nama yang lebih glamour, Yonko. Lautan di sini jauh lebih ganas daripada bahagian Paradise di Grand Line. Malah, lanun yang paling berpengalaman pun boleh tertewas di sini. Untuk bertahan hidup, anda harus lagi kuat daripada Yonko. Jika tidak, terpaksalah anda tunduk kepada mereka. Ini tidak bermakna hanya Yonko sahaja yang kuat.. Beberapa lanun lain telah berjaya atasi kesusahan New World dan di sini, saya akan menyenaraikan 10 lanun terkuat yang harus peminat beri perhatian!

Edward Weevil

Edward Weevil adalah anak kepada Edward Newgate (Whitebeard), salah satu lanun legenda di One Piece. Dia ialah seorang individu yang sangat kuat dan khabar angin mengatakan bahawa kekuatannya menyaingi Whitebeard pada zaman mudanya. Edward Weevil telah memburu ramai sekutu krew Whitebeard Pirates dan memperolehi bounty sebanyak 480 juta beri. Selepas pemansuhan sistem Shichibukai, Edward Weevil kemungkinan akan mempunyai bounty yang lebih tinggi. Kini, dia sedang mencari Monkey D. Luffy dan Marco the Phoenix demi harta karun Whitebeard.

King

King, yang juga dikenali sebagai King the Wildfire, adalah salah satu orang daripada All-Stars dalam krew Kaido dan merupakan yang paling kuat. Sedikit diketahui tentang King setakat ini, tetapi dia telah mencipta nama untuk dirinya dengan bounty melebihi 1.3 billion beri. Sudah tentu, ini bermaksud dia jauh lebih hebat daripada lanun biasa. Tentang soal kekuatan, King memiliki Ryu Ryu no Mi yangmerupakan salah satu ancient Zoan Devil Fruit. Ini membolehkan dia untuk menghasilkan serangan api dan berubah kepada Pteranodon.

Benn Beckman

Orang kanan Shanks dan Vice-Captain kepada Red-Hair Pirates, Benn Beckman adalah lanun yang Navy Admiral pun sendiri takut bertarung. Beckman mempunyai IQ paling tinggi di East Blue dan semasa pertarungan di Marineford, Admiral Kizaru pun memilih untuk tidak bertarungnya. Adakah sebab dia ingin cabaran yang sukar? Walaupun abilitinya tidak diketahui, Benn Beckman mungkin berada di tahap yang lebih kuat daripada King. Dia dihormati di seluruh New World dan menurut Brannew, dia, adalah antara ahli terkuat di Red-Hair Pirates. Fakta itu sudah cukp untuk membuktikan kekuatannya.

Charlotte Katakuri

Charlotte Katakuri adalah orang kedua Big Mom dan mempunyai bounty lebih daripada satu bilion beri. Jika ramai yang tertanya, bounty Katakuri tidaklah setinggi seperti yang lain di dalam senarai ini hanya kerana dia tidak banyak melakukan jenayah. Walau bagaimanapun, Katakuri adalah pahlawan yang hebat, dan selepas berpuluh-puluh pertarungan dan latihan, dia berjaya berevolusikan Observation Haki sehingga melihat masa depan. Dalam sejarahnya sebagai lanun, Katakuri hanya kalah dalam satu pertarungan sahaja, iaitu kepada Monkey D. Luffy. Walaupun kemenangan Luffy dipertikaikan kerana Katakuri lebih unggul daripada segi kekuatan, tetapi Katakuri tetap kalah daripada segi semangat.

Monkey D. Luffy

Protagonis kepada siri One Piece, Luffy telah berkembang menjadi seorang lanun yang hebat sepanjang siri ini berlangsung dan berubah daripada seseorang yang tidak dapat melindungi siapa-siapa kepada salah satu krew paling digeruni. Luffy memperolehi bounty sebanyak 1.5 bilion beri, selepas peristiwa di Whole Cake Island dan setelah mengalahkan Katakuri, Luffy kini dikenali sebagai salah satu lanun terkuat di dunia One Piece. Malangnya selepas itu, dia kalah kepada Kaido. Tetapi itu tidak cukup untuk melemahkan semangat! Dengan azam baru, Luffy bertambah kuat dengan mengasahkan kemahiran Armament Haki yang membawanya ke tahap yang lebih tinggi.

Marco

Juga dikenali sebagai The Phoenix, Marco adalah bekas First Division Commander untuk Whitebeard Pirates. Selepas kematian kapten mereka, dia mengambil alih tanggungjawab untuk memimpin krew bagi sementara waktu. Daripada semua orang kanan Yonko, tidak boleh dinafikan bahawa Marco adalah yang paling kuat. Dia memakan buah Mythical Zoan bernama Tori Tori no Mi legenda, yang membolehkannya mengubah tubuh menjadi burung Phoenix serta memberi kuasa untuk sembuh daripada sebarang kecederaan. Bukan itu sahaja yang istimewa tentang Marco.. Selain daripada memiliki buah Tori Tori no Mi, abiliti pertempurannya juga sangat tinggi selepas menunjukkan keupayaan bertarung dengan Navy Admiral seperti Akainu dan Kizaru.

Marshall D. Teach

Marshall D. Teach, yang terkenal dengan nama Blackbeard, adalah salah satu daripada antagonis paling terkenal dalam One Piece. Dia dahulu menjadi ahli krew Whitebeard, dan berada di bawah arahan Portgas D. Ace. Walau bagaimanapun, dia sudah beredar jauh daripada imej itu dan membuktikan dirinya sebagai lanun yang hebat. Buat masa ini, Blackbeard adalah salah satu daripada Yonko dan boleh menggunakan dua kuasa Devil Fruit (satu ialah buah Paramecia terkuat dan satu lagi ialah buah Logia terkuat), lalu menjadikannya individu yang pertama untuk memilik dua Devil Fruit sekaligus.

Shanks

Kapten kepada Red-Hair Pirates, Shanks merupakan salah satu dari Yonko dan menyertai barisan ini enam tahun yang lalu (dari dulu lagi dah kuat). Pada masa dahulu, Shanks ialah ahli di atas kapal Gol D. Roger bersama Buggy the Clown, dan daripada pengalamanya bersama Pirate King, ilmunya semakin bertambah dan bertambah. Sebagai salah satu daripada Yonko, Shanks mempunyai pengaruh yang luas di dunia. Ini dibuktikan apabila dia menghentikan perang Paramount seorang diri. Abiliti sebenarnya tidak diketahui, tetapi, ramai yang mengaku bahawa Shanks adalah salah satu watak terkuat.

Kaido

Kapten kepada Beasts Pirates, Kaido dikenali sebagai ‘Makhluk Terkuat di Dunia‘. Persoalannya adalah sejauh mana kenyataan itu benar. Ia masih tidak diketahui, tetapi di manga, kebenaran ini makin menghampiri. Walaupun ia benar bahawa Kaido adalah antara individu paling kuat daripada segi kekuatan, secara keseluruhan, dia bukan nombor satu. Ini jelas dari hakikat bahawa Kaido telah kalah sebanyak 7 kali. Tambahan pula, Kozuki Oden nyaris membunuhnya dalam pertarungan, yang mempersoalkan lagi kekuatan Kaido. Walaupun ramai yang tidak puas hati, Kaido masih cukup kuat untuk mengambil tempat dalam senarai itu kerana menjadi salah seorang individu yang mengalahkan Luffy.

Big Mom

Siapakah orang terakhir dalam senarai? Saya memperkenalkan Big Mom! Bagi pendapat saya, Big Mom adalah Yonko yang sangat kuat dan kekuatannya tidak mengenal batas. Tidak seperti Kaido, Big Mom tidak pernah merasai kekalahan (pertarungan rasmi sahaja ya), dan tidak pernah cedera. Di Onigashima, Big Mom melawan Kaido selama 12 jam dalam keadaan yang lemah dan masih dapat menghadapi Kaido dengan mudah. Adakah ini bermakna Big Mom lebih kuat daripada Kaido? Kita tunggu apabila Luffy menghadapinya nanti..

Tags: animeBig MomFaktaKaidoluffymangaone pieceShanksTrivia
Previous Post

Taipei Game Show 2020 secara rasmi DIBATALKAN kerana CORONAVIRUS!

Next Post

Gameplay rasmi Bright Memory: Infinite didedahkan bersama promosi diskaun istimewa untuk prekuel di STEAM!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Gameplay rasmi Bright Memory: Infinite didedahkan bersama promosi diskaun istimewa untuk prekuel di STEAM!

Gameplay rasmi Bright Memory: Infinite didedahkan bersama promosi diskaun istimewa untuk prekuel di STEAM!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd