Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Negai no Astro — Manga Terbaharu oleh Pencipta Tokyo Revengers Akan Tiba di Manga Plus!

Maira by Maira
April 8, 2024
in Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Negai no Astro — Manga Terbaharu oleh Pencipta Tokyo Revengers Akan Tiba di Manga Plus!

Sumber: Shueisha

Share on FacebookShare on Twitter

Sudah lebih setahun sejak siri manga Tokyo Revengers tamat yang membawa penamat gembira buat semua watak. Nampaknya pencipta siri itu, Ken Wakui akan hadir dengan siri baharu tidak lama lagi! Diumumkan melalui Weekly Shonen Jump, pencipta Tokyo Revengers akan mengeluarkan siri manga baru yang bertajuk “Negai no Astro” pada majalah tersebut.

Negai no Astro akan diterbitkan pada 15 April 2024 pada majalah tersebut. Memandangkan semua siri baharu Weekly Jump sering dibawa masuk ke platform Manga Plus. Anda boleh jangka untuk membacanya pada hujung minggu. Untuk bab pertama ini, akan ada 58 muka surat kesemuanya.

Kita turut diperkenalkan dengan reka bentuk watak-watak yang anda akan jumpa dalam siri itu. Kalau lihat sekilas pandang, ada beberapa watak yang kelihatan seperti watak dalam siri Tokyo Revengers. Anda boleh lihat watak-wataknya di bawah.

Sumber: Shueisha

Kalau Tokyo Revengers mengisahkan sebuah kumpulan samseng, Negai no Astro pula memperkenalkan anda kepada kumpulan Yakuza pula. Manga “Supernatural Action” ini memperkenalkan watak utama bernama Hibaru. Dia akan sertai perang dalam kumpulan yakuza Yotsurugi-gumi untuk menjadi pengganti seterusnya kumpulan itu. Nantikan kisah Hibaru yang ingin menjadi yakuza terkuat dan rakannya yang ingin melihatnya menjadi ketua Yotsurugi-gumi.

Jadi buat anda yang tidak sabar untuk membacanya, nantikan keluarannya melalui laman web dan aplikasi Manga Plus. Untuk mendapatkan segala berita mengenai manga daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Ken WakuiManga PlusNegai no AstroTokyo Revengers
ShareTweetSend
Previous Post

Unicorn Overlord Collector’s Edition Unboxing — Ada Set Kad Yang Boleh Dimainkan!

Next Post

TableCon Quest 2024 Bakal Berlangsung Pada Jun Ini di Singapura!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
TableCon Quest 2024 Bakal Berlangsung Pada Jun Ini di Singapura!

TableCon Quest 2024 Bakal Berlangsung Pada Jun Ini di Singapura!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd