Selepas bertarung tanpa henti dalam musim League of Legends (LoL) 2023, satu pasukan akhirnya mencapai kemuncak 2023 Season World Championship (Worlds 2023). Di sini, pasukan gergasi daripada raksasa Korea Selatan T1 berjaya menjulang piala selepas menyapu Weibo Gaming sebanyak 3-0 dalam Worlds 2023 Grand Final pada Ahad, 19 November di Gocheok Skydome di Seoul, Korea Selatan.
Selepas menewaskan banyak pasukan kuat di Worlds, T1 mara ke pusingan akhir. Ini merupakan peluang terakhir untuk mereka membuktikan diri pada tahun ini selepas bertahun-tahun kemarau trofi, dan ternyata, T1 menunjukkan dominasi dengan kepakaran taktikal dan pemilihan keputusan dalam saat genting.
Bukan itu sahaja, T1 terbukti tidak dapat dikalahkan menentang wakil LPL (League of Legends Pro League), dan muncul sebagai pemenang dalam setiap perlawanan. Mereka berjaya mengatasi keempat-empat pasukan China—Bilbili Gaming di Swiss Stage, LNG Esports di Quarterfinal, JD Gaming di Semifinal dan Weibo Gaming di Grand Final.
Dengan kemenangan ini, T1 telah menjulang Summoner’s Cup sekali lagi untuk menjadi Juara Worlds 2023 dan membawa pulang hadiah duit sebanyak USD $445,000. Selain itu, Zeus telah diberi penghormatan Most Valuable Player, selepas bermain dengan bagus sepanjang kejohanan ini.
Boleh diakui sebagai pemain LoL paling terkenal dan terhebat di dunia, Faker memenangi World Championship pertamanya dengan SKT T1 pada 2013 (juga adalah tahun debutnya), dan menjadi ahli penting dalam pasukan sejak itu. Selepas pasukan gagal melayakkan diri pada 2014, SKT T1 dan Faker kembali menjadi juara pada 2015 dan 2016, secara dua tahun berturut-turut. Akhirnya, pada 19 November 2023, Faker memenangi kejuaraan Worlds ke-4 miliknya bersama T1 di peringkat akhir.
Berikutan kemenangan ini, Faker ditanya dalam temu bual selepas perlawanan tentang masa depannya bersama T1. Dia menjawab;
“Saya dikontrak, dan saya akan terus bekerja di T1. Saya telah banyak belajar dan berkembang sepanjang karier saya sebagai pemain profesional; ia adalah peluang yang jarang berlaku untuk manusia. Saya akan terus bermain. Rancangan untuk bersara akan datang kemudian.”
Dapatkan segala berita kami tentang League of Legends di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post