Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Solo Leveling: ARISE Ditunda! Bakal Dilancarkan Pada 2024 Secara Global di iOS, Android & PC

Maira by Maira
November 20, 2023
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, PC
0 0
0
Solo Leveling: ARISE Ditunda! Bakal Dilancarkan Pada 2024 Secara Global di iOS, Android & PC

ⓒ DUBU(REDICE STUDIO), Chugong, h-goon 2018 / D&C WEBTOON Biz ⓒ Netmarble Corp. & Netmarble Neo Inc. All Rights Reserved.

Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya game Solo Leveling ditunda sekali lagi. Walaupun begitu tarikh baharu untuk pelancaran game tersebut telah pun diumumkan. Melalui akaun X rasmi game, Solo Leveling: ARISE akan dilancarkan pada musim bunga 2024 (anggaran April – Jun). Lebih menarik sekali, tarikh pelancarannya itu jatuh selepas tamatnya siri animenya nanti.

Trailer baharu yang memaparkan perlawanan antara Jin Woo dan Knight Commander, Igris the Red turut didedahkan. Anda boleh tontonnya di bawah.

Solo Leveling: ARISE berlaku di dunia, tempat “gate” muncul dan membawa ancaman kepada penduduk. “Hunter” berbakat melindungi manusia dengan memasuki dungeon dan memerangi segerombolan raksasa yang ganas. Pemain akan mengikuti kisah Sung Jin-Woo, seorang hunter E-Rank yang lemah terselamat daripada “Double Dungeon” yang tersembunyi dalam gate D-Rank. Sejak itu, Jin-Woo mendapat kebolehan luar biasa dan mendapati dia boleh naikkan level dengan mengalahkan raksasa dan selesaikan quest.

Solo Leveling ARISE
ⓒ DUBU(REDICE STUDIO), Chugong, h-goon 2018 / D&C WEBTOON Biz
ⓒ Netmarble Corp. & Netmarble Neo Inc. All Rights Reserved.

Game ini mereplikasikan webtoon original melalui penceritaan yang mendalam, mekanik aksi RPG, combat yang dinamik dan gameplay yang pantas. Watak-watak siri seperti protagonis, Sung Jin-Woo, Cha Hae-In, Yoo Jin-Ho dan lain-lain. Pemain akan menguasai setiap kebolehan hunter dan menggabungkan kuasa mereka untuk menghapuskan setiap gate dengan cepat. Selain itu, pemain juga boleh mengalahkan musuh, ambil shadow mereka dan menyuruh mereka bertarung bersama, yang akhirnya membentuk Army of Shadows. Strategi dan kemahiran unik diperlukan untuk mengalahkan raksasa yang mencabar pemain dalam setiap dungeon.

Solo Leveling ARISE
ⓒ DUBU(REDICE STUDIO), Chugong, h-goon 2018 / D&C WEBTOON Biz
ⓒ Netmarble Corp. & Netmarble Neo Inc. All Rights Reserved.

Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Solo Leveling: ARISE akan dilancarkan di iOS, Android dan PC pada 2024. Ia turut hadir dengan ciri crossplay. Siri anime pula akan ditayangkan pada Januari 2024! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Solo Leveling, anda boleh klik pautan ini.

Tags: Solo LevelingSolo Leveling: ARISE
ShareTweetSend
Previous Post

The Seven Deadly Sins: Four Knights of the Apocalypse Akan Hadir ke Netflix pada Januari 2024!

Next Post

T1 Adalah Juara ‘Worlds 2023’, Trofi Ke-4 Buat ‘Faker’!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
T1 Adalah Juara ‘Worlds 2023’, Trofi Ke-4 Buat ‘Faker’!

T1 Adalah Juara 'Worlds 2023', Trofi Ke-4 Buat 'Faker'!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd