Bermula sebagai pembangun game dari flash, Toge Productions adalah sebuah syarikat pembangun game indie yang beroperasi di Indonesia dengan memfokuskan pada game konsol serta PC. Pada 2017, Toge Productions telah berjaya mencapai tahap sebagai penerbit serta menjadi pembangun kepada permainan video mereka sendiri. Kini, Toge Production telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat pembangun game Indonesia seperti Gamechanger Studio, Mojiken Studio, dan Tahoe Games. Dengan kemajuan yang telah dicapai, Toge Production ingin membantu studio pembangun game indie lain dan memberikan peluang untuk membangun serta menerbitkan game mereka melalui Toge Game Fund Initiative.
Apa itu Toge Game Fund Initiative?
Toge Game Fund Initiative merupakan sebuah inisiatif yang dihasilkan oleh Toge Productions untuk membantu pembangun game indie dalam menyediakan dana untuk menghasilkan game mereka. Syarikat tersebut ingin membantu pembangun game lain dari Asia Tenggara untuk membangunkan serta mempamerkan semua kreativiti yang dihasilkan.
Bagaimana inisiatif ini berfungsi?
Para pembangun game indie yang berada di Asia Tenggara boleh menghantar game pitch mereka ke Toge Production mengikut arahan yang telah disediakan di laman web TGFI. Kemudian, pihak dari Toge Productions akan menganalisa game pitch calon dan mereka perlu melengkapkan segala maklumat penting yang terdapat di laman tersebut.
Siapa yang layak memohon?
Buat masa ini, TGFI hanya tertumpu kepada pembangun game yang berada di Asia Tenggara sahaja. Toge Productions juga ingin membantu rakan-rakan pembangun dari SEA untuk menghasilkan game mereka supaya dikenali di seluruh dunia.
Pembangun game Indie selepas ini boleh mencuba untuk mohon inisiatif ini supaya dapat menghasilkan game yang berpotensi dan setaraf dengan game AAA di pasaran sekarang.Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Toge Game Fund Initiative ini, anda boleh layari laman rasmi Toge Production atau ke halaman TGFI.
@gamersantaimy
Discussion about this post