Super Robot Wars 30 bakal dilancarkan pada 28 Oktober 2021, tetapi Bandai Namco mempunyai satu pengumuman terakhir untuk seluruh dunia. Dalam acara siaran langsung, treler penuh terakhir untuk Super Robot Wars 30 didedahkan, bersama dengan pratonton untuk pek DLC 2 yang menambah unit dan watak daripada Ultraman, Gundam Iron-Blooded Orphans dan siri Super Robot Wars Original Generation (OG) pada akhir tahun ini.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, pek DLC 2 akan menampilkan sembilan “playable unit” tambahan, termasuk dua daripada Super Robot Wars OG dan 13 Area Mission. Jadual DLC 2 untuk Super Robot Wars 30 ditetapkan untuk keluar pada Disember 2021, dan merangkumi watak Ultraman, Iron-Blooded Orphans dan siri SRW OG berikut:
- Mobile Suit Gundam: Iron-Blooded Orphans – Gundam Barbatos Lupus Rex (Mikazuki Augus), Gundam Gusion Rebake Full City (Akihiro Altland), Gundam Flauros (Norba Shino), dan Gundam Bael (McGillis Fareed)
- Ultraman (2019 anime) – Ultraman, Seven, dan Ace
- Super Robot Wars: Original Generation – Alteisen Riese (Kyosuke Nanbu) dan Rein Weissritter (Excellen Browning)
Kedua-dua pek DLC 1 dan DLC 2 akan dibuka secara automatik untuk pemain yang membeli season pass.
Selain DLC 2, Bandai Namco juga mendedahkan treler utama ke-3 untuk SRW 30. Ia menunjukkan lebih banyak mecha dan unit yang akan muncul dalam permainan, seperti L-Gaim Mk-II, Fire J-Decker, Victory 2 Gundam, Buster Gridman , dan Unicorn Gundam 03 Phenex.
Super Robot Wars terkenal sebagai siri permainan dengan jumlah crossover yang banyak dari genre mecha. Mereka telah memasukkan watak-watak dari seluruh genre mecha, termasuk Neon Genesis Evangelion dan Gurren Lagann. Walaupun beberapa francais saling diganti tetapi siri popular seperti Gundam sentiasa muncul dalam setiap permainan, lantas memberikan peluang kepada peminat untuk melihat mecha kegemaran mereka berinteraksi dengan mecha dari francais lain.
Super Robot Wars 30 akan dilancarkan pada 28 Oktober 2021 dan akan tersedia untuk Nintendo Switch, PS4 dan PC. Pek DLC 1 akan dilancarkan pada November 2021 dan pek DLC 2 akan dilancarkan pada Disember 2021. Untuk segala liputan kami tentang Super Robot Wars 30 termasuk temu ramah eksklusif kami bersama dev, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post