Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Temu ramah eksklusif: Proses sebalik tabir untuk game Super Robot Wars 30 dijelaskan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 22, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Temuramah
0 0
0
Temu ramah eksklusif: Proses sebalik tabir untuk game Super Robot Wars 30 dijelaskan!
0
SHARES
245
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kami tinggal satu minggu lagi sebelum pelancaran rasmi Super Robot Wars 30 di seluruh dunia. Baru-baru ini, game mecha JRPG taktikal tersebut telah mengumumkan kandungan untuk isi kandungan DLC 1 dan juga menawarkan demo percuma yang kini tersedia di PlayStation 4 dan Nintendo Switch. Kini, kami mempunyai lebih banyak maklumat tentang proses sebalik tabir bagi Super Robot Wars 30 selepas membuat temu ramah eksklusif bersama Takanobu Terada (Produser keseluruhan francais) dan Shohei Mogami (Produser Super Robot Wars 30). Berikut adalah isinya:

Kiri: Takanobu Terada (Produser keseluruhan francais) / Kanan: Shohei Mogami (Produser Super Robot Wars 30)

Apakah pendapat pasukan tentang laluan kisah dalam permainan? Beberapa pemain bimbang akan kehilangan peluang untuk merekrut watak.

Sekiranya anda membuang laluan kisah yang bercabang, jalan cerita mungkin tidak akan berkembang dengan baik, dan ceritanya mungkin terlalu panjang. Semasa anda bermain pusingan kedua [permainan], ceritanya masih akan berakhir dengan cara yang sama, jadi saya rasa laluan yang bercabang diperlukan untuk menambahkan sedikit variasi dalam jalan cerita permainan. Pada masa lalu, ada permainan Super Robot Wars tanpa percabangan laluan, tetapi kami telah menerima maklum balas bahawa jalan cerita adalah sama dan membosankan.

Super Robot Wars pada dasarnya adalah seperti anugerah untuk anime bergenre mecha dan merupakan satu kehormatan untuk dipamerkan dalam francais. Bolehkah anda menjelaskan tentang kriteria pemilihan?

Kriteria pertama adalah anime mesti mempunyai robot atau sesuatu yang hampir sama dengan robot dan mempunyai unsur pertempuran. Selain itu, animasi robot yang dikeluarkan untuk Super Robot Wars ditentukan melalui mesyuarat yang membincangkan hasil tinjauan pengguna, pengembangan animasi robot original, dan pengembangan produk yang berkait.

SRW mempunyai banyak kebebasan kreatif, dan membuat perubahan besar pada kisah bagi beberapa watak (seperti Shinji dari Eva). Adakah pencipta siri ini mempunyai masalah atau harus terlibat dalam proses ini?

Dalam Super Robot Wars, terdapat banyak watak dari anime robot, di mana watak ini biasanya tidak akan bertemu dan harus berinteraksi antara satu sama lain lalu mempengaruhi kisah dalam permainan. Akibatnya, jalan cerita mungkin berubah dari jalan cerita asli, tetapi kami berusaha untuk tidak merosakkan imej jalan cerita asal dan cuba membuat kisah yang akan memuaskan hati peminat. Ini adalah tugas yang agak sukar kerana kita melakukan sesuatu yang tidak mungkin dilakukan dalam anime asli.

Apakah logik di sebalik penambahan auto battle ke SRW 30?

Kerana Super Robot Wars memakan banyak masa dan usaha, auto battle diperkenalkan untuk membolehkan pengguna yang tidak mempunyai banyak masa supaya dapat bermain sebanyak mungkin. Dalam situasi di mana sekutu mempunyai kelebihan, anda dapat menggunakan auto battle dan melakukan perkara-perkara lain pada masa itu.

Saya mahu bermain Super Robot Wars, tetapi saya terlalu letih untuk mengawal. Anda juga boleh menggunakan auto battle jika merasa keadaan menyusahkan ketika itu. Sekiranya anda tidak menggunakan auto battle, itu pun tidak menjadi masalah.

Untuk Super Attack dan lain-lain, adakah anda merakam semula ayat dalam permainan atau menggunakan rakaman asli?

Suara yang digunakan dalam animasi pertempuran Super Robot Wars adalah untuk permainan. Saya rakam semula.

Nampaknya struktur misi baru lebih terbuka, dan bukannya linear. Bagaimanakah perkara itu mempengaruhi aspek lain seperti merekrut watak rahsia?

Ia mungkin boleh mempengaruhi ketersediaan bagi watak rahsia tersebut.

Majoriti peminat meminta terjemahan bahasa Inggeris bagi permainan Super Robot Wars yang lebih lama. Ada kemungkinan ke kita dapat melihat ia ditambahkan sebagai sebahagian daripada acara ulang tahun?

Buat masa ini, tidak ada rancangan untuk melancarkan Super Robot Wars lama dalam terjemahan bahasa Inggeris. Namun, kami sedar akan permintaannya yang banyak.


Itu sahaja untuk temu ramah tentang Super Robot Wars 30 yang bakal dilancarkan pada 28 Oktober ini untuk pelantar PS4, Nintendo Switch, dan PC. Sekiranya ingin tahu lebih lagi, anda boleh tekan pautan INI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDeveloperinterviewmechaSuper Robot Wars 30temu ramah
Previous Post

Isu penterjemahan teks dalam anime Komi Can’t Communicate bikin kemarahan komuniti!

Next Post

Modul RAM ADATA DDR5-4800 & XPG LANCER RGB DDR5 rasmi diumumkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!
Preview

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!

May 12, 2025
Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?
Review

Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?

May 12, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Next Post
Modul RAM  ADATA DDR5-4800 & XPG LANCER RGB DDR5 rasmi diumumkan!

Modul RAM ADATA DDR5-4800 & XPG LANCER RGB DDR5 rasmi diumumkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd