Konami Digital Entertainment Limited dan pembangun, Second Impact Games telah mendedahkan game baharu bertajuk “Super Crazy Rhythm Castle,” sebuah game rhythm co-op! Game ini membawa gabungan genre yang akan membawa anda ke sebuah pengembaraan di sebuah istana yang kucar-kacir, dengan raja yang berusaha untuk mengganggu rentak bermain anda!
Anda boleh bermain secara solo atau bermain bersama rakan sehingga tiga orang, untuk menakluki istana tersebut! Anda boleh tonton trailer untuk melihat serba sedikit gameplay yang menanti!
Dibangunkan oleh Second Impact Games, Super Crazy Rhythm Castle merupakan game yang dihasilkan dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman yang diasah untuk menghasilkan “sesuatu yang gila”! Dengan kerjasama bersama KONAMI, game tersebut akan diterbitkan ke pasaran global pada konsol PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.
Buat sementara ini tiada tarikh rasmi pelancaran yang diumumkan untuk Super Crazy Rhythm Castle. Tetapi anda boleh wishlist game itu dahulu. Bukan setakat itu, maklumat lain mengenai pra-tempah serta tarikh lancar akan didedahkan pada masa akan datang.
Tarikan utama game
- Pengembaraan yang penuh cabaran
- Dekati Rhythm Castle! Didalamnya, King Ferdinand menanti, bersedia untuk mempertahankan takhta dan merosakkan hari anda. Hadapi cabarannya dan kalahkannya dalam permainannya sendiri.
- Soundtrack hebat
- Dengan lebih 30 track — tambahan ekstra tersembunyi — dengan pelbagai genre seperti rock, hip hop, dubstep dan banyak lagi.
- Co-op
- Alami gameplay yang seronok dan mudah diakses. Setiap pemain boleh bermain dengan mod three-button atau four-button — atau fokus pada puzzle sementara rakan anda yang lain mainkan game rhythm! Tidak kiralah secara solo atau co-op bersama kawan, bersedia untuk hadapi cabaran Rhythm Castle.
- Penuh dengan tugasan
- Daripada escape room muzikal sehingga elevator arcade, anda perlu berfikir di luar rentak untuk hadapi raja. Main muzik sambil selesaikan tugasan rumit untuk berjaya dalam setiap level!
- Alami rentak irama
- Inginkan medal emas? Buka dan mainkan semua lagu di Music Lab.
Untuk dapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post