Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Main sebagai watak Street Fighter dalam PUBG PC – update baru Survivor Summerfest!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 13, 2023
in Artikel, Battle Royale, Berita, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam
0 0
0
Main sebagai watak Street Fighter dalam PUBG PC – update baru Survivor Summerfest!
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal ditambah dalam acara Survivor Summerfest yang berlangsung hingga 13 September 2023, kolaborasi antara siri fighting game ikonik Street Fighter 6 dan game battle royale PUBG: Battlegrounds akan memperkenalkan beberapa pahlawan baru ke medan perang. Di sini, pemain berpeluang untuk memakai skin eksklusif berdasarkan watak Street Fighter terkenal dan berjuang demi Winner Winner Chicken Dinner di PUBG!

Get your fighting spirit ready 👊🔥
Coming Soon | July 26th#PUBG #PUBGSummerfest pic.twitter.com/YgAV3Puh9c

— PUBG: BATTLEGROUNDS (@PUBG) July 10, 2023
Kredit: PUBG

Diumumkan melalui media sosial, anda boleh beli skin Ryu, Luke, Cammy dan Chun-Li (dia akan tersedia dalam dua versi termasuk gaya klasik) bermula 26 Julai hingga 19 September 2023.

Selain kolaborasi ini, update Survivor Summerfest akan menampilkan banyak acara in-game yang membolehkan pemain bukan sahaja memenangi hadiah berkaitan dengan gaming, malah juga hadiah sebenar seperti PC canggih dengan spesifikasi GPU RTX 4090 dan CPU Intel i9. Untuk menyertai giveaway bagi hadiah digital dan fizikal, anda perlu memperoleh Summer Stamp dengan menyelesaikan misi semasa acara itu berjalan.

Menurut Krafton Inc., PUBG Arcade akan membawa game mode baharu bernama Bluebomb Rush. Dengan bermain mode ini dan mode lain di PUBG Arcade, pemain boleh memperoleh Arcade Point, yang boleh ditukar dengan item in-game eksklusif.

Banyak lagi acara Special Drop juga dirancang untuk Summerfest, termasuk Summer Splash Bingo, Midsummer Check-in Event dan Battle Street. Dalam acara ini, anda berpeluang untuk mendapatkan lebih banyak item seperti topi keledar Street Fighter 6 dan emote.

Dive into Update 24.2 on PC Live Servers! Heat up the battlegrounds this summer with the PUBG Survivor Summerfest 🔥

🌴SURVIVOR SUMMERFEST
🕹️ARCADE
🔷BLUEBOMB RUSH
👊STREET FIGHTER
🌊ATLANTIS DBS#PUBG #PUBGSummerfest pic.twitter.com/nbq4YKKBU8

— PUBG: BATTLEGROUNDS (@PUBG) July 12, 2023

Nampaknya PUBG memang sangat sibuk sekarang! Untuk PUBG Mobile, mereka sedang menjalan kolaborasi istimewa bersama Dragon Ball Super yang menambah pelbagai skin seperti Goku, Vegeta, Frieza; item Senzu Bean dan Hovercar; dan acara menarik di mana anda perlu mencari Mutiara Naga. Anda boleh baca info penuh tentang kerjasama itu di SINI.

Tags: pubgStreet FighterSurvivor Summerfest
ShareTweetSend
Previous Post

Kisah di Sebalik Nama “Final Fantasy” Didedahkan oleh Pencipta!

Next Post

Super Crazy Rhythm Castle — Hadapi Cabaran Hebat Rhythm Castle, Penuh Rentak & Puzzle!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
Super Crazy Rhythm Castle — Hadapi Cabaran Hebat Rhythm Castle, Penuh Rentak & Puzzle!

Super Crazy Rhythm Castle -- Hadapi Cabaran Hebat Rhythm Castle, Penuh Rentak & Puzzle!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd