Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Suicide Squad: Kill The Justice League akan ditunda ke 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 3, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita
0 0
0
Game Suicide Squad: Kill The Justice League akan ditunda ke 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut laporan daripada Jason Schreier (wartawan Bloomberg), game Suicide Squad: Kill The Justice League nampaknya akan ditunda hingga ke tahun 2023 oleh Warner Bros.. Sedang dihasilkan oleh Rocksteady, projek ini sepatutnya akan keluar pada hujung tahun ini tetapi kini ia dijangka akan keluar pada tahun depan mengikut laporan baru.

Warner Media has quietly delayed Rocksteady's Suicide Squad: Kill the Justice League until 2023, according to people familiar with development https://t.co/DS4mzqOPqV

— Jason Schreier (@jasonschreier) February 2, 2022

Saya sendiri tidak terkejut melihat keputusan Warner Bros. untuk menunda game Suicide Squad, kerana banyak lagi game AAA yang mereka sedang hasilkan untuk tahun ini termasuk Gotham Knights, Hogwarts Legacy dan Lego Star Wars: The Skywalker Saga. Semuanya dijangka akan keluar pada tahun ini. Malangnya, hanya game Lego Star Wars baru sahaja mempunyai tarikh pelepasan rasmi.

Image

Sebab paling munasabah mengapa game Suicide Squad ditunda mungkin disebabkan oleh wabak di mana beberapa studio menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri kepada sistem “work-from-home”. Beberapa game juga terpaksa ditangguhkan, termasuk dua yang saya sebut di atas. Pertama adalah Hogwarts Legacy yang ditunda ke tahun 2022 pada Januari tahun lalu manakala satu lagi adalah Lego Star Wars: Skywalker Saga yang ditunda pada bulan April.

Image

Bagi Suicide Squad: Kill The Justice League, treler gameplay pertama ditunjukkan semasa acara The Game Awards tahun lepas, di mana kita dapat melihat geng Suicide Squad menentang pasukan Brainiac yang terdiri daripada ahli Justice League jahat.

Senjata dan abiliti setiap watak juga ditunjukkan, seperti Harley Quinn yang boleh berayun di udara menggunakan grappling hook, dan King Shark yang dapat berlari ke atas dinding. Captain Boomerang pula boleh berlari dengan sangat pantas dan melompat ke udara, manakala Deadshot ditunjukkan menggunakan jetpack dan pelbagai senjata api berbeza. Korang boleh baca secara lebih terperinci di SINI tentang gameplay masing-masing.

Malangnya, kita perlu menunggu sehingga tahun depan untuk mencuba game itu sendiri. Suicide Squad: Kill the Justice League akan tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC. 

Tags: delaySuicide Squad gameSuicide Squad: Kill the Justice League
Previous Post

PS5 berjaya jual lebih 17 juta unit, masih susah nak dapat

Next Post

Pemain Genshin Impact berhenti merokok kerana ketagih dengan game itu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Pemain Genshin Impact berhenti merokok kerana ketagih dengan game itu!

Pemain Genshin Impact berhenti merokok kerana ketagih dengan game itu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd