PS5 adalah salah satu konsol paling hangat dalam pasaran sejak dilancarkan pada November 2020, sehinggakan Sony pun sedang bergelut untuk memenuhi permintaan orang ramai. Walau bagaimanapun, angka terkini menunjukkan bahawa PS5 telah berjaya jual lebih kurang 17.3 juta unit setakat 31 Disember 2021.
Buat masa sekarang, PS5 adalah konsol PlayStation paling laku sepanjang zaman, di mana ia merupakan yang terpantas untuk menjual 10 juta unit berbanding mana-mana konsol Sony sebelumnya. Ini menunjukkan betapa tingginya permintaan tetapi selepas itu, kadar produksi, menjadi semakin perlahan. Angka terkini menunjukkan bahawa PS5 sekarang amat jauh dengan pendahulunya iaitu PS4, yang telah menjual sebanyak 20.2 juta unit dalam jangka masa semasa.
Sony sedang bergelut untuk memenuhi permintaan pembeli kerana stok yang tersedia sering habis dengan cepat. Sama seperti Nintendo dan Microsoft, Sony menghadapi kekurangan komponen dan bekalan disebabkan oleh isu bekalan (kebanyakannya disebabkan oleh kekurangan cip komputer).
Isu ini nampaknya akan berterusan dan Sony telah mengakui perkara ini dengan menyemak semula jangkaan bagi jualan keseluruhan, termasuk menurunkan penghantaran PS5 kepada 11.5 juta unit untuk tahun fiskal. Jangkaan asal adalah untuk mengeluarkan sebanyak 14.8 juta PS5. Menurut Sony, merea sedang membina inventori dan berharap agar bekalan akan bertambah baik pada tahun 2022.
Pada masa yang sama, PS4 berjaya mengeluarkan 200,000 unit pada Q3 2021 yang bermakna total jualan sejak konsol ini diperkenalkan kini mencecah 116.8 juta. Selain itu, jualan digital untuk kedua-dua game PS4 dan PS5 nampaknya ada peningkatan di mana PS Store melaporkan pendapatan suku kedua terbesar sepanjang sejarah.
Baguslah gitu kalau game PS5 jual dengan laku, tetapi PS5-nya pula tiada untuk main. Untuk segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post