Di acara State of Play bulan April tahun ini, Unknown Worlds Entertainment telah mendedahkan lebih banyak info penting tentang Subnautica: Below Zero, sekuel kepada siri permainan “first-person survival” popular Subnautica. Memandangkan game ini akan keluar pada bulan depan untuk semua platform, info lanjut tentang ciri-cirinya di konsol PS5 telah didedahkan dalam video baru di bawah. Jom kita lihat!
Selain dari “4K resolution Quality Mode” dan “60 FPS Performance Mode“, Subnautica: Below Zero juga menambah banyak fitur yang unik di alat kawalan DualSense, yang membolehkan pemain merasakan setiap kejutan seperti gegaran tanah yang menandakan seekor raksasa sedang menghampiri anda. Satu lagi info penting yang semua orang patut tahu juga adalah sesiapa sahaja yang memiliki permainan Subnautica pertama di PS4 boleh menaik taraf ke versi PS5 digital secara percuma.
Berikut adalah sinopsis permainan:
“Subnautica: Below Zero menyaksikan pemain kembali ke planet 4546B dan menghadapi macam-macam cabaran baru, dari tundra beku hingga kehidupan liar yang berbahaya. Sebagai Robin, kamu akan menyiasat misteri tentang kehilangan sebuah pasukan penyelidik dan berusaha mencari adiknya Sam. Nantikan maklumat lanjut mengenai tajuk tersebut dalam minggu-minggu akan datang.
Subnautica: Below Zero akan keluar pada 14 Mei untuk Xbox Series X/S, PS4, PS5, Xbox One, PC dan Nintendo Switch. Selain itu, lebih banyak info tentang game terbaru Ratchet & Clank didedahkan bersama pengumuman Among Us untuk pelantar PS4 dan PS5.
Sumber – PlayStation
@gamersantaimy
Discussion about this post