Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Among Us sah akan keluar di konsol PS4 & PS5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 30, 2021
in Artikel, Berita, Multiplayer, PS4, PS5
0 0
0
Among Us sah akan keluar di konsol PS4 & PS5!
Share on FacebookShare on Twitter

Rasmi didedahkan sebentar tadi, Among Us akan datang tidak lama lagi ke konsol PlayStation! Secara khusus, pembangun InnerSloth mengumumkan bahawa permainan ini akan dilancarkan untuk konsol PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada tahun 2021. Pengumuman ini dibuat semasa acara State of Play bulan April di mana Sony memfokuskan perhatian pada permainan terbaru Ratchet & Clank serta dua game indie lain.

Dengan Among Us yang kini datang ke sistem PlayStation, ini bermaksud permainan tersebut telah dilancarkan di semua platform gaming utama yang tersedia di pasaran. Pengguna PS5 dan PS4 juga akan mendapat akses ke skin dan topi eksklusif Ratchet & Clank, yang anda dapat lihat di atas.

Sebuah trailer pendek yang memaparkan adegan dari Among Us ditunjukkan sebelum penghujung video mengesahkan tempoh pelancarannya pada tahun ini. Game ini asalnya tersedia di PC dan peranti mudah alih sebelum baru-baru ini, dilancarkan di Nintendo Switch. Pada masa yang sama, permainan juga disahkan untuk konsol Xbox melalui perkhidmatan langganan Xbox Game Pass. Walaupun sepatutnya dilancarkan untuk konsol PlayStation pada tahun 2021, tarikh pelancaran yang lebih tepat masih tidak diumumkan.

Among Us, meningkat dalam populariti selepas menjadi salah satu permainan dalam talian paling popular di era kuarantin dan meraih kemenangan besar di The Game Awards pada tahun lepas. Selepas memenangi anugerah untuk permainan multiplayer terbaik dan permainan mudah alih terbaik, nampaknya rancangan mereka kini lebih memfokuskan pada konsol.

Untuk segala liputan kami tentang Among Us, sila tekan pautan ini.

Sumber – PlayStation

Muat turun di sini
Among Us
Publisher: Innersloth
Developer: Innersloth
Release Date TBC
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X|S
Main dalam talian atau melalui WiFi tempatan dengan 4-10 pemain semasa anda berusaha menyiapkan kapal angkasa untuk berlepas, tetapi berhati-hatilah kerana seseorang menjadi penyamar yang berusaha membunuh semua orang! Nikmati cross-play antara PC, Android dan iOS!
Tags: Among UsInnerSlothplaystationPlayStation 4playstation 5state of play
Previous Post

Siapa yang akan menang di Arena? Ini Review kami untuk Apex Legends Legacy!

Next Post

[State of Play Apr 21] Gameplay 15 minit terbaru Ratchet & Clank: Rift Apart didedahkan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
[State of Play Apr 21] Gameplay 15 minit terbaru Ratchet & Clank: Rift Apart didedahkan

[State of Play Apr 21] Gameplay 15 minit terbaru Ratchet & Clank: Rift Apart didedahkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd