Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Studio PUBG Akan Membangunkan Game Palworld Versi Mobile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 3, 2024
in Artikel, Berita, Mobile, Multiplayer, Survival
0 0
0
Studio PUBG Akan Membangunkan Game Palworld Versi Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Palworld versi mobile telah diumumkan secara rasmi, dan akan dibangunkan dengan kerjasama antara Krafton dan pembangun PUBG Studios.

Menurut kenyataan akhbar, pembangun game Krafton dari Korea Selatan, mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian pelesenan dengan pembangun game Pocketpair dari Jepun, untuk hak harta intelek (IP) permainan Palworld. Melalui kontrak ini, Krafton akan memperluas IP game tersebut ke platform mobile.

Kredit: © Pocketpair, Inc.

Game mobile ini akan “mentafsir semula dan melaksanakan elemen utama yang menyeronokkan dari versi original dengan setia untuk menyesuaikan dengan persekitaran mobile.” Setakat ini, butiran tentang perjanjian pelesenan antara kedua-dua syarikat ini masih sedikit.

Memandangkan versi konsol dan PC Palworld baru sahaja dilancarkan tahun ini, selamat untuk katakan bahawa pembangunan versi mobile masih dalam peringkat awal dan tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Kredit: © Pocketpair, Inc.

Bagi mereka yang tidak tahu, Krafton adalah pemilik PUBG Studios, pembangun bagi game battle royale popular PUBG: Battlegrounds, yang juga diterbitkan oleh Krafton.

Krafton juga mencipta The Callisto Protocol, yang asalnya dimaksudkan sebagai spin-off kepada PUBG: Battlegrounds, dan baru-baru ini memperoleh studio game Tango Gameworks (The Evil Within, Ghostwire: Tokyo, Hi-Fi Rush), serta hak IP untuk game Hi-Fi Rush daripada Microsoft pada bulan Ogos.

Pocketpair pula memperkenalkan game multiplayer survival Palworld pada 19 Januari tahun ini sebagai game Early Access di Steam. Game ini berjaya mencapai 25 juta pengguna dalam masa sebulan selepas dilancarkan, lalu dilancarkan untuk konsol PlayStation 5 pada 24 September.

Kredit: © Pocketpair, Inc.

Malangnya, Nintendo dan The Pokémon Company memfailkan saman pelanggaran paten terhadap Pocketpair di Mahkamah Daerah Tokyo pada 18 September. Saman itu mendakwa bahawa game tersebut melanggar hak paten Nintendo dan The Pokémon Company, dan menuntut perintah injunksi terhadap pelanggaran tersebut serta pampasan bagi kerosakan yang dialami.

Pocketpair memberi respons dengan menyatakan bahawa mereka “tidak mengetahui secara khusus paten mana yang dituduh melanggar, dan [mereka] tidak diberitahu tentang butiran tersebut.” Syarikat itu menyatakan bahawa mereka akan memulakan proses undang-undang dan siasatan terhadap tuntutan tersebut.

Tags: MobilePalworld
ShareTweetSend
Previous Post

[TGS24] “Sonic Rumble Membawa Era Baru Ke Keseronokan Multiplayer” – Interviu Bersama Sonic Team!

Next Post

[TGS24] “Astro Bot, Menghormati Sejarah 30 Tahun PlayStation” – Interviu Bersama Team ASOBI

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
[TGS24] “Astro Bot, Menghormati Sejarah 30 Tahun PlayStation” – Interviu Bersama Team ASOBI

[TGS24] "Astro Bot, Menghormati Sejarah 30 Tahun PlayStation" - Interviu Bersama Team ASOBI

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd