Sehari sebelum keluaran rasmi Stellar Blade, nampaknya ciri New Game+ telah ditambahkan ke dalam game dengan update pada hari pertama.
Menurut content creator terkenal FightinCowboy di X/Twitter, Shift Up telah pun melaksanakan patch New Game+ yang membolehkan pemain meneruskan progress mereka.
Bak kata FightinCowboy, New Game+ Stellar Blade akan memindahkan semua progress permainan yang ada sebelum ini ke playthrough seterusnya, termasuk semua peralatan, wang, item dan record, peningkatan kepada watak, drone, skill yang diperoleh dan SP yang dimiliki.
Ini sudah pasti adalah berita hebat untuk pengalaman New Game+, kerana Stellar Blade membolehkan pemain membuka pelbagai skill baharu yang hebat semasa anda maju dalam game. Malangnya, kebanyakan skill kuat ini hanya boleh digunakan di fasa pertengahan hingga penghujung game.
Jadi, pasti ramai yang ingin mencuba kemampuan penuh mereka di playthrough kedua dengan memaksimumkan potensi EVE. Kini korang tidak perlu risau, kerana semua itu boleh dilakukan – dengan syarat anda menghabiskan game itu sekali.
Stellar Blade akan dikeluarkan secara eksklusif pada PlayStation 5 pada 26 April 2024. Bagi mereka yang kurang pasti, anda boleh membaca ulasan 8.5/10 kami untuk Stellar Blade, di mana kami menilai permainan itu sebagai “pengalaman yang benar-benar cemerlang” yang melampaui jangkaan kami.”
@gamersantaimy
Discussion about this post