Valve baru-baru ini mengadakan acara Steam Next Fest dengan memberikan 100+ demo game indie untuk dimainkan. Melalui acara ini, anda berpeluang untuk mencuba seberapa banyak demo yang disukai. Dari genre action hingga ke simulation, semua ada. Mereka telah menyediakan pilihan mengikut genre untuk memudahkan pencarian game yang anda minati. Bukan setakat genre sahaja, mereka turut menyediakan tapisan mengikut visuals & viewpoint, theme & mood, feature dan banyak lagi.
Untuk memudahkan lagi pencarian game, Valve mempunyai algorithm yang akan memberikan game cadangan mengikut game-game yang pernah anda main melalui Steam. Selain itu, mereka juga menyediakan siaran langsung bersama jadual bagi setiap game. Jadi, sebelum memilih game untuk dimainkan, anda boleh layan siaran langsung terlebih dahulu dan kemudian bermain.
Berikut adalah game best yang anda boleh bermain:
Terra Nil
Turbo Golf Racing
Metal: Hellsinger
Roots of Pacha
Midnight Fight Express
Cult of the Lamb
Anda boleh dapatkan lebih banyak senarai game di laman web Steam. Dengan bermain demo, anda akan diberi ganjaran badge untuk ditampilkan di profil. Yang lagi menariknya adalah badge itu akan naik level mengikut berapa banyak demo yang anda mainkan semasa acara berlangsung.
Kalau korang nak tahu, mereka telah mengadakan acara ini selang beberapa bulan dan akan dijalankan dalam masa seminggu. Acara ini akan menampilkan lebih banyak game indie yang akan dilancarkan pada masa akan datang.
Steam Next Fest telah pun bermula sejak malam tadi dan akan berakhir pada 21 Jun 2022. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bermain sebanyak demo yang boleh semasa Steam next Fest. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post