Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Punch Man Live Action akan diarahkan oleh bekas pengarah Fast Furious!

Maira by Maira
June 14, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
One Punch Man Live Action akan diarahkan oleh bekas pengarah Fast Furious!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri One Punch Man memang tidak boleh disangkal bahawa ianya satu siri yang menarik. Sudah tentu ada sahaja yang ingin mengadaptasinya ke media yang lain. Selepas diumumkan oleh Sony Pictures bahawa One Punch Man akan diadaptasi kepada versi live action Hollywood pada tahun 2020, tiada sebarang kemas kini baru yang telah dikeluarkan. Mungkin juga akibat daripada pandemik COVID-19.

Dilaporkan oleh Deadline, filem live action One Punch Man telah mendapat pengarahnya. Pengarah tersebut ialah Justin Lin yang terkenal dengan arahan filem Fast & Furious. Selepas dia keluar daripada francais tersebut, nampaknya kini dia akan terlibat dengan penghasilan filem adaptasi Hollywood ini.

Penulis skrip filem ini pula telah didedahkan semasa pengumuman daripada Sony iaitu Scott Rosenberg dan Jeff Pinkner (Jumanji: The Next Level, Venom) manakala Avi Arad dan Air Arad daripada Arad Productions (Spider-Man, Iron Man, X-Men) akan memantau projek ini yang masih dalam pembangunan.

One Punch Man dihasilkan oleh ONE pada 2009,  sebagai web-comic yang mengisahkan seorang hero bernama Saitama. Hero botak itu nampaknya seperti lelaki biasa, tetapi dia sebenarnya adalah orang terkuat di dunia. Dengan kemampuan untuk mengalahkan musuh dengan satu tumbukan, Saitama hanya ingin mencari musuh yang cukup kuat untuk mencabarnya.

Siri ini menjadi semakin popular setelah artis Yusuke Murata melukiskan versi manga. Seterusnya, musim pertama One Punch Man yang dihasilkan oleh Madhouse pada tahun 2015 dan terus popular dalam kalangan peminat anime. Berbeza pula penerimaannya untuk musim kedua yang dihasilkan oleh J.C. Staff. Disebabkan dengan animasinya yang kurang memuaskan, ia gagal menarik perhatian peminat lama malah ramai juga yang berhenti menontonnya sebelum tamat siaran.

Satu-persatu siri anime mendapat adaptasi Hollywood. Boleh trauma juga bila teringat semula pada adaptasi Hollywood terdahulu yang rata-rata mengecewakan. Kami juga ada menyenaraikan beberapa sebab mengapa adaptasi live action ini kurang digemari. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri One Punch Man daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Fast & FuriousHollywoodJustin Linlive actionOne Punch Man
Previous Post

Steam Next Fest bawa 100+ demo bermula 14 Jun hingga 21 Jun 2022

Next Post

Free Fire berkolaborasi dengan kumpulan pop Malaysia DOLLA, lagu istimewa bakal keluar

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Free Fire berkolaborasi dengan kumpulan pop Malaysia DOLLA, lagu istimewa bakal keluar

Free Fire berkolaborasi dengan kumpulan pop Malaysia DOLLA, lagu istimewa bakal keluar

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd