Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam mewajibkan semua game supaya “up-to-date” untuk menghalang aktiviti modding tanpa izin!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 27, 2021
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Steam mewajibkan semua game supaya “up-to-date” untuk menghalang aktiviti modding tanpa izin!
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Steam berkemungkinan besar akan hilang fungsi “rollback” yang membolehkan mereka bermain versi lama untuk sebuah game dan bukan versi “up-to-date”. Menurut SteamDB, mereka melaporkan bahawa klien beta Steam baru yang dikeluarkan pada 23 September akan menggunakan kod yang dikemas kini untuk memeriksa setiap game yang dimuat turun. Kod ini akan memeriksa jika game yang kita sedang memuat turun adalah sama dengan versi terkini. Sekiranya tidak sama, game tersebut tidak boleh dimainkan.

Welcome to Steam

Ini berkait dengan sistem pengurusan kandungan baru milik Steam, yang cuba untuk menghedakan akses pengguna. Perkara ini hanya akan mempengaruhi pengguna dan bukan pemaju, yang masih mempunyai akses ke versi lama sebuah game untuk membetulkan apa-apa isu teknikal besar jika perlu. Buat masa ini, pengguna memiliki kemampuan untuk mengakses versi lama bagi sesebuah game di Steam, tetapi sejak Februari 2020, aksi memerlukan aplikasi pihak ketiga. Bagi majoriti pengguna, mesti ada yang tertanya: “mengapa ada yang pakai versi lama dan bukan versi up-to-date?”

Sebenarnya, ada beberapa sebab. Pertama sekali adalah para “Modder” tanpa izin. Kemas kini baru selalunya akan mengandungi kod yang membuatkan sesebuah mod tidak boleh dipakai, jadi memasang mod pada versi game yang lebih lama dapat membantu mengekalkan compatibility. Geng “Speedrunner” juga lebih suka bermain versi lama kerana mereka dapat mengeksploitasi sejenis bug untuk menamatkan game dengan lebih cepat. Pemburu “trophy” juga ada kelebihan kerana memudahkan mereka untuk menyelesaikan sesebuah misi tertentu kerana isu tersebut mungkin tidak dibetulkan dalam versi yang mereka sedang bermain.

A Case for Modding: Why More Steam RPGs Need Workshops

Harap maklum, ini hanyalah klien beta, jadi tidak ada jaminan jika Valve akan melaksanakan perubahan ini secara rasmi untuk Steam. Andai kata ia berlaku pun, Valve mungkin akan menerapkan fungsi yang berbeza supaya pemain masih mempunyai akses ke versi lama untuk sebuah game agar tidak mengganggu keseronokan mereka. Apa pendapat anda tentang kes ini? Adakah anda jenis yang suka main game versi lama di Steam atau sentiasa akan memastikan semuanya “up-to-date?” Untuk segala liputan kami tentang platform Steam, sila tekan pautan ini.

RelatedPosts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

Tags: ModderPCrollbacksteamSteam Games
Previous Post

Netflix dedahkan trailer rasmi dan tarikh tayangan Arcane!

Next Post

Touken Ranbu Warriors versi Inggeris akan dilancarkan pada tahun depan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Touken Ranbu Warriors versi Inggeris akan dilancarkan pada tahun depan!

Touken Ranbu Warriors versi Inggeris akan dilancarkan pada tahun depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd