Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix dedahkan trailer rasmi dan tarikh tayangan Arcane!

Maira by Maira
September 27, 2021
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Netflix dedahkan trailer rasmi dan tarikh tayangan Arcane!
Share on FacebookShare on Twitter

Riot Games dan Netflix telah mengeluarkan trailer rasmi untuk siri animasi League of Legends (LoL) yang akan datang, Arcane. Animasi ini akan ditayangkan selepas peringkat Final, League of Legends World Championship. Jadi, peminat LoL boleh menonton Arcane pada 6 November di Netflix.

Siri animasi ini akan dilancarkan dalam tiga babak dan mempunyai tiga episode untuk setiap satu babak. Tiga episode pertama akan berpusat pada kisah asal dua beradik, Jinx dan Vi. Babak kedua akan ditayangkan pada 13 November, diikuti dengan babak ketiga pada 20 November.

Arcane merupakan animasi yang berdasarkan dunia League of Legends, dan menyelidik beberapa masalah yang kompleks. Ia akan meneroka keseimbangan antara bandar Piltover yang kaya dan kawasan Zuan yang kurang bernasib baik. Penciptaan “hextech” membolehkan seseorang untuk mengawal tenaga ajaib dan ini mengancam keseimbangan antara kedua tempat tersebut. Arcane disediakan untuk meneroka beberapa konsep dari League of Legends dengan lebih mendalam, dan tersedia sebagai kisah yang rumit dan penuh dramatik.

Pencipta bersama, Christian Linke, berkata mengenai Arcane :

Semasa kami mula untuk menghasilkan Arcane, kami tahu bahawa kami mempunyai sesuatu yang sangat istimewa dengan kisah Jinx dan Vi. Kami ingin meneroka idea tentang apa yang akan anda lakukan untuk keluarga anda, nilai apa yang anda kompromi dan konflik yang anda alami. Cerita ini, digabungkan dengan gaya seni yang dilukis dengan tangan dan animasi watak yang kami hasilkan dengan kerjasama Fortiche, akan memberikan gambaran yang mendalam kepada pemain mengenai dunia League of Legends.

Arcane akan menceritakan kisah silam Jinx, Vi, Jayce dan Caitlyn. Jadi, peminat LoL akan dapat mengetahui apa yang terjadi kepada Champion kesayangan mereka. Pemain boleh berharap untuk melihat sebilangan besar watak yang tidak dapat dijangkakan. Alex Yee, pencipta bersama Arcane juga berkata “Arcane adalah kisah duality. Bagaimana watak dibahagikan kepada dua lokasi yang mempunyai nilai dan peluang yang berbeza tetapi saling melengkapi. Mereka juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Anda mungkin menjadi hero dalam cerita anda tetapi musuh dalam cerita orang lain.”

Sumber: Thegamer

Tags: ArcaneLeague of legendsnetflixRiot Games Arcane
Previous Post

Larangan perlombongan kripto oleh China bantu menurunkan harga GPU Nvidia & AMD!

Next Post

Steam mewajibkan semua game supaya “up-to-date” untuk menghalang aktiviti modding tanpa izin!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Steam mewajibkan semua game supaya “up-to-date” untuk menghalang aktiviti modding tanpa izin!

Steam mewajibkan semua game supaya "up-to-date" untuk menghalang aktiviti modding tanpa izin!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd