Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam Menguji Ciri Baru Yang Meramal Prestasi Game Sebelum Anda Membelinya!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 7, 2026
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Steam Menguji Ciri Baru Yang Meramal Prestasi Game Sebelum Anda Membelinya!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda pernah beli game tetapi komputer langsung tak mampu menjalankannya, Steam mungkin ada penyelesaian untuk masalah itu tidak lama lagi.

Berdasarkan kemas kini klien Steam terbaru, platform tersebut telah mula mengumpul data framerate yang dikaitkan dengan perkakasan gamer. Matlamat utama adalah untuk membina baseline bagi menganggarkan tahap kelancaran sesebuah game pada setup khusus anda.

Ramalan ini berpotensi dipaparkan terus di store page sebelum anda menekan butang beli.

Buat masa ini, fungsi tersebut – yang dipanggil sebagai “Framerate Estimator” berdasarkan datamine terbaru – masih dalam fasa Beta. Valve menyatakan bahawa ujian awal ini ditumpukan sepenuhnya kepada peranti yang menggunakan SteamOS.

Bagi mereka yang menggunakan PC, anggaran framerate yang tepat pasti dapat menghilangkan rasa ragu-ragu sebelum membeli game baharu.

Pemain tidak perlu lagi bergantung pada keperluan sistem yang kurang jelas atau tercari-cari video benchmark di YouTube, sebaliknya mereka sudah tahu tahap prestasi sebenar yang bakal dijangkakan.

Namun, kejayaan ciri ini sangat bergantung kepada ketepatannya. Jika Steam menyatakan sesebuah game itu boleh dimainkan dengan lancar, tetapi hakikatnya anda mengalami stuttering dan lag yang teruk selepas membayar harga penuh, fungsi ini pasti akan hilang kepercayaannya serta-merta.

Untuk mengelakkan perkara itu berlaku, Valve mengambil data sebenar secara anonymous daripada sesi gaming sebenar pengguna; dengan memadankan CPU, GPU, dan RAM mereka berbanding hanya bergantung pada tekaan atau pengiraan teori semata-mata.

Valve masih belum mengumumkan bila Framerate Estimator ini akan keluar daripada fasa Beta atau dilancarkan kepada umum. Tetapi jika mereka berjaya memastikan ketepatannya, ia berpotensi mengubah sepenuhnya cara kita membeli game PC pada masa akan datang.

Tags: PCsteam
ShareTweetSend
Previous Post

Gamer Indonesia Berjaya Cipta Kapal Ultraman & Gundam Dalam No Man’s Sky, Malah Boleh Tembak Ultra Beam!

Next Post

Masuk 2026, Generasi Baru Kini Anggap Naruto Sebagai Anime “Retro”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Masuk 2026, Generasi Baru Kini Anggap Naruto Sebagai Anime “Retro”

Masuk 2026, Generasi Baru Kini Anggap Naruto Sebagai Anime "Retro"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd