Baru sahaja tadi PlayStation telah mengumumkan beberapa permainan terbaru dan kemaskini permainan yang akan datang di #StateofPlay melalui saluran siaran lansung di You Tube mereka sebentar tadi.
Jom lihat video tersebut;
Diantara pengumuman tersebut, nampaknya DLC Monster Hunter World: Iceborne ternyata bukan penantian lagi apabila pihak PlayStation memberitahu yang ia akan hadir pada tahun ini juga. Lebih banyak maklumat yang akan didedahkan di Twitch Capcom hari ini : https://www.twitch.tv/MonsterHunter
Selain itu, antara permainan video kegemaran zaman Final Fantasy VII juga dibuat semula dan akan hadir dalam tahun ini juga dan maklumat selebihnya akan diberitahu dalam bulan Jun ini. Yang juga akan dibuat semula adalah Siri permainan MediEvil yang merupakan permainan pengembaraan aksi.
Seterusnya permainan comel ala ala pixel yang bernama Riverbond turut akan hadir dalam musim panas ini! Korang boleh lihat mengenai Riverbond disini https://cococucumber.co/home/riverbond/
Selain Monster Hunter yang ditunggu-tunggu peminat, permainan terbaru siri Predator turut akan hadir!! Predator Hunting Ground dijadualkan hadir pada tahun 2020.
Satu lagi permainan terbaru yang berkisahkan pengembaraan seekor sugar glider di dalam hutan. Away: The Survival Series mempunyai grafik yang memang nampak cantik dengan alam semula jadinya. Maklumat lanjut mengenainya boleh tengok kat sini: (tekan sini)
Dan yang terakhir yang pasti ditunggu peminat-peminat PlayStation 4, memperkenalkan edisi terhad ‘Days of Play PS4’ bersama 1TB hardrive dan disalut keluli kelabu, saksikan teaser nya disini;
@gamersantaimy
Discussion about this post