Peminat-peminat siri Tom Clancy kami menyeru anda semua! Nampaknya pihak Ubisoft baru sahaja melancarkan perasmian permainan video terbaru siri Tom Clancy: Ghost Recon Breakpoint! Peluang untuk tambah koleksi ni.
Korang boleh lihat pelancaran Ghost Recon Breakpoint ini;
Lepas kami melihat gameplay footage untuk Ghost Recon terbaru ini, ternyata ada beberapa pembaharuan dari Ghost Recon yang lalu! Yang paling penting tajuk Breakpoint ini bukan dari cerita Keanu Reeves ‘Point Break’ okay!
Breakpoint terletak di belakang garis musuh di “pulau Aurora” sebuah kompaun swasta yang dimiliki oleh Jace Skell-Ketua Pegawai Teknologi Skell, yang pakar dalam membuat drone autonomi.
Pembaharuan terbaru ini termasuk dunia baru yang terbuka bersertakan senjata baru, drone baru yang AI dan Autonomi, kenderaan baru, cara penyamaran baru dan pelbagai lagi. Kesan penggerakan juga salah satu yang menarik perhatian kami, seperti di kawasan-kawasan yang berbatu curam, pemain akan meluncur laju kebawah dan tersandung serta sistem camo baru akan membolehkan pemain bersalut lumpur dan kotoran bila berada di dalam lumpur yang berdekatan.
Turut menjadi perhatian, pemain akan merasakan kesakitan yang serius dan pemain boleh mengubati diri sendiri dengan cara medik atau pun secara Bivaouac yang membenarkan pemain berehat dengan skuad.
Selain itu turut ada beberapa peralatan baru yang membenarkan anda memotong pagar dan sebagainya;
Ini pula antara senjata dan kenderaan baru yang hadir di Ghost Recon Breakpoint;
Ghost Recon boleh dimain dalam mod: Solo, Co-op, dan PvP. Selain itu, setiap empat bulan akan ada kemaskini episod utama pengembangan baru yang akan dilancarkan
Okay jom lihat trailer rasmi Ghost Recon Breakpoint;
Ghost Recon Breakpoint akan hadir di platform PS4, Xbox One dan PC bermula 4 Oktober nanti. Korang juga boleh mula pre-order permainan ini di store ubisoft;
@gamersantaimy
Discussion about this post