Pasti anda sudah biasa dengan drama Korea yang berjudul Squid Game di Netflix kan? Siri ini sedang digemari dan ditonton oleh banyak penonton kerana memaparkan plot tegang dan serangkaian adegan kejam yang memuaskan. Squid Game yang menjadi siri thriller Netflix kini memang viral dari pelbagai cara di media sosial. Ia berlaku di dunia dystopian di mana 456 orang berkumpul untuk bermain beberapa permainan kanak-kanak untuk berpeluang memenangi 45.6 juta KRW, yang sama dengan $38,460,271.20 USD. Okay, sekarang ni tahukah anda bahawa anda juga boleh mencuba permainan Squid Game yang mencabar di mobile?
Yup nampaknya game ini kini menghantui di mobile antara memuat turun di Tap Tap atu APK. Dua permainan yang lebih kurang di mana anda boleh cuba sendiri di mana satunya bernama Squid Game 3D dan satu lagi Squid Game Challenge.
Pada awal permainan seperti Squid Game 3D, anda dan lawan masing-masing mengambil sekeping Ddakji. Yang satu meletakkan kepingan Ddakji ke tanah, sementara yang lain melemparkan kepingannya ke tanah – jika anda berjaya membalikkan bahagian lawan, anda akan menang.
Salah satu permainan yang boleh dicuba di sini adalah permainan “Red Light, Green Light”. Anak patung yang besar membalikkan badannya ke kumpulan dan menyanyikan lagu. Matlamat anda adalah berlari ke garisan penamat ketika dia menyanyi. Hati-hati, anda perlu berhenti gerak ketika anak patung itu berpusing, atau anda akan ditembak. Di sini anda harus menjadi orang terakhir yang berdiri untuk memenangi pertandingan. Sekiranya anda kalah, anda akan segera mati dan jatuh. Permainan ini berinspirasi permainan kanka-kanak tradisional di Korea Selatan.
Selain itu, permainan lain yang tidak kurang hebatnya ialah “Ppopgi” Sugar Honeycombs. Di sini, anda diminta untuk menyucuk bentuk pilihan yang ada pada manisan yang tersedia itu tanpa memecahkannya. Seperti di siri, pecah anda kalah dan mati.
Tidak terlupa permainan tarik tali “Tug of War” pun tersedia! Pemain dibahagikan kepada dua pasukan dan masing-masing memegang sisi tali yang bertentangan. Tujuannya adalah untuk mengalahkan pasukan lain dan menarik tali ke sisi anda.
Juga terdapat game guli “Marbles“. Seperti dalam siri Netflix, pemain membentuk satu pasukan yang terdiri daripada dua orang dan masing-masing diberi 10 biji guli, dan sesiapa yang memperoleh 20 biji guli akan menang. Jadi memang tidak ada sebarang peraturan; anda boleh memainkannya sesuka hati. Contohnya, baling guli ke lubang.
Siapa pula akan terselamat di atas gelas kaca? Ya jambatan gelas kaca iaitu “Glass Bridge” pasti menjadi seriau pada penonton siri ini kan. Pada pusingan ini, pemain harus melompat di barisan panel kaca: ada yang nipis boleh jatuh terus dan ada yang tebal. Jadi, berhati-hatilah dengan pilihan anda.
Juga yang terakhir dan utama dalam permainan adalah “Squid Game“. Pemain dikumpulkan di padang seperti bentuk sotong dan dibahagikan kepada dua pasukan – satu pemain pertahanan dan satu penyerang. Inilah aturannya, seperti yang dijelaskan oleh pengarah Squid Game, Hwang Dong-Hyuk.
“Setelah permainan dimulakan, pertahanan dapat berlari dengan dua kaki dalam batas, sementara pelanggaran di luar garisan hanya dibenarkan melompat dengan satu kaki. Tetapi jika penyerang memotong pinggang sotong melepasi pertahanan, dia atau dia diberi kebebasan untuk berjalan bebas dengan dua kaki. Setelah bersiap untuk pertempuran terakhir, penyerang berkumpul di pintu masuk sotong. Untuk menang, penyerang mesti mengetuk ruang tertutup kecil di kepala sotong dengan kaki mereka Sekiranya pemain pertahanan itu mendorong anda keluar dari garis sotong, anda akan mati.”
Jadi mana yang berminat, permainan Squid Game ini telah dikeluarkan di mobile melalui Google Play Store tetapi ditarik semula, jadi anda memerlukan Tap Tap untuk memuat turunnya atau pun fail APK. Memang makin hari makin seronok dan ramai peminat Squid Game, seperti ramai gamers yang mencipta permainan ini di Roblox dan juga ada yang menghasilkan Squid Games dalam model 3D di Mincraft seperti perkongsian di Reddit. Bukan itu sahaja, anime pun ada banyak pilihan yang korang boleh tonton dimana jalan cerita hampir seperti Squid game tau! Okay, kalau dah mula main tu jangan lupa kongsikan di media sosial kami ok!
@gamersantaimy
Discussion about this post