Siri battle royale sensasi terbaru di Netflix, Squid Game, nampaknya telah berkembang pesat sehingga menembus platform gaming Roblox. Bahagian “trending” di Roblox kini dipenuhi dengan mod seperti “Squid Game” (dikunjungi sebanyak 8.3 juta pemain) dan “Red Light Green Light” (dikunjungi sebanyak 27.6 juta pemain). Bukan itu sahaja, mod Squid Game di Roblox juga telah menjadi viral di Malaysia selepas menarik minat para netizen yang ingin merasakan permainan “bahaya” tersebut.
Bagi mereka yang tidak tahu, Squid Game adalah siri thriller Korea baru di Netflix yang ditayangkan pada 17 September lalu. Sejak itu, ia serta merta menjadi viral dan dengan cepat menjadi adalah salah satu rancangan paling popular buat masa sekarang. Menurut Netflix, jika momentum ini kekal, Squid Game mungkin akan menjadi rancangan yang paling banyak ditonton sepanjang masa di seluruh dunia.
Drama ini mengisahkan Seong Gi-hun, seorang lelaki dengan tabiat berjudi, yang akhirnya mengalami hutang yang besar. Oleh kerana itu, dia direkrut untuk menyertai pertandingan bersama 450+ orang di mana para peserta terpaksa mengambil bahagian dalam permainan kanak-kanak klasik tetapi dalam versi yang bahaya, seperti “Red Light Green Light” dan tarik tali. Pemenang dalam battle royale ini akan membawa pulang sebanyak 45.6 bilion won.
Squid Game versi Roblox menekankan aspek berbeza daripada rancangan. Ada yang memfokuskan pada mekanik battle royale, ada yang fokus pada mini game, dan ada juga yang mengadaptasikan sistem melarikan diri daripada penjara. Mod Red Light Green Light oleh Slugfo menugaskan pemain untuk cuba melintasi arena sama seperti dalam rancangan. Jika pemain bergerak ketika “lampu merah” dipanggil, watak mereka akan ditembak oleh robot. Versi penjara pula mengharuskan beberapa pemain mengambil peranan sebagai salah seorang konco bertopeng (siap dengan pakaian merah jambu) dan menembak peserta yang gagal mengikuti peraturan.
Roblox selalunya dimainkan oleh kanak-kanak, tetapi itu tidak menghalang kreativiti peminat untuk mencuba sesuatu yang baru. Memandangkan Squid Game pun sangat popular di Malaysia, ramai gamer dan non-gamer juga berminat untuk cuba, lagi-lagi apabila dapat tahu Roblox percuma untuk dimuat turun. Jika anda suka Squid Game dan teringin nak main sesuatu yang seronok bersama kawan, saya sendiri sarankan korang semua untuk cuba Squid Game versi Roblox sekarang!
Berikut adalah beberapa klip tentang streamer terkenal Malaysia yang mencuba game ini:
Roblox boleh didapati di PC, iOS, Android & Xbox One secara percuma.
@gamersantaimy
Discussion about this post