Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Square Enix mendedahkan video prototaip Tomb Raider: Ascension yang dibatalkan!

Maira by Maira
October 21, 2021
in Artikel, Berita, Genre
0 0
0
Square Enix mendedahkan video prototaip Tomb Raider: Ascension yang dibatalkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-25 untuk Tomb Raider, Square Enix telah mendedahkan rakaman dan perincian Tomb Raider: Ascension, sebuah prototaip awal yang dilihat seperti permainan horror survival yang dihasilkan oleh Crystal Dynamics. Ianya dibuat untuk meneroka cara dalam pelbagai aspek projek untuk reboot siri itu tetapi telah dibatalkan.

“Setelah membuat konsep kisah survival di pulau terpencil,” jelas Square Enix di YouTube, “[Crystal Dynamics] mula mengembangkan Tomb Raider: Ascension.” Projek ini dikatakan “merasa lebih dekat dengan permainan seram daripada judul Tomb Raider yang lain” pada satu ketika, walaupun aspek ini akhirnya makin dilupakan apabila studio memilih untuk fokus pada elemen survival.

Pameran Ascension oleh Square Enix berupa tiga video, yang pertama terdiri dari seni konsep, dan yang kedua menunjukkan sebahagian besar rakaman dalam permainan, di mana Lara berjalan dalam gua sempit yang banjir, berkeliaran dan menunggang kuda di sekitar hutan belantara yang luas dan berkabus dan banyak lagi.

Terdapat juga makhluk fantasi yang menyeramkan yang tersedia dalam rakaman tersebut apabila Lara bertemu dengan makhluk-makhluk ngeri seperti dalam Silent Hill. Elemen survival juga ada dilihat dengan Lara menggunakan panahnya dan menggunakan api untuk menahan musuh dari mencedereakannya sambil berjalan.

RelatedPosts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

Video ketiga pula menunjukkan beberapa reka bentuk awal untuk reka bentuk kotak untuk permainan Ascension ini. Dengan rakaman suara yang ingin menunjukkan kesukaran perjalanan pada masa depan, ia memperkenalkan kisah Lara Croft yang lebih mendalam dari sudut pandangan untuk reboot oleh Crystal Dynamics.

“Anda fikir anda mengenali saya,” kata Lara dalam video, “fikir anda pernah melihat saya sebelum ini. Puteri British, gadis kaya dengan wajah cantik, senapang berkilat dan berbakat dalam gimnastik. Saya fikir anda telah membuat saya bercampur dengan orang lain. Saya tidak sempurna, saya tidak tahan peluru; saya berjuang, saya berdarah, saya menjadi sejuk, saya tersesat, saya mempunyai keraguan, saya tahu kesakitan, saya tahu ketakutan. Suatu hari, saya akan menjadi legenda, pahlawan, hero, raider. Tetapi saya kena menjadi survivor dahulu. Masih fikir anda mengenali saya? Fikirkan lagi. “

Secara keseluruhan, ia merupakan gambaran yang menarik pada permainan yang tidak akan ada. Jika Crystal Dynamics memilih untuk terus maju dengan idea ini dan bukan tertumpu pada survival sahaja, ia mungkin menjadi sebuah reboot permainan yang hebat. Walaupun begitu, trilogi reboot telah selesai dan kita sebagai pemain hanya boleh mengharapkan sesuatu yang baru dari Square Enix untuk francais Tomb Raider.

Sumber: Eurogamer

Tags: square enixTomb RaiderTomb Raider: Ascension
Previous Post

God of War rasmi datang ke PC Steam dan Epic Games pada 14 Januari 2022!

Next Post

Masuk alaf baru, kini terdapat lebih dari 16,000 VTuber di seluruh dunia!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Masuk alaf baru, kini terdapat lebih dari 16,000 VTuber di seluruh dunia!

Masuk alaf baru, kini terdapat lebih dari 16,000 VTuber di seluruh dunia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd