Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Masuk alaf baru, kini terdapat lebih dari 16,000 VTuber di seluruh dunia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 21, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Streamer/influencer
0 0
0
Masuk alaf baru, kini terdapat lebih dari 16,000 VTuber di seluruh dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

Firma analisis data UserLocal mendedahkan pada hari Selasa lalu bahawa kini terdapat lebih dari 16,000 Virtual YouTuber (VTuber) aktif yang dikesan oleh perkhidmatan tersebut di seluruh dunia. Selepas membuat kajian menyeluruh, perkhidmatan ini berjaya mengira jumlah VTuber baru dari tempoh masa ke masa seperti berikut:

  • 19 Mac 2018: 1,000
  • 27 April 2018: 2,000
  • 28 Mei 2018: 3,000
  • 10 Julai 2018: 4,000
  • 12 September 2018: 5,000
  • 19 Disember 2018: 6,000
  • 21 Februari 2019: 7,000
  • 6 Mei 2019: 8,000
  • 5 September 2019: 9,000
  • 15 Januari 2020: 10,000
  • 24 Mei 2020: 11,000
  • 17 Ogos 2020: 12,000
  • 10 November 2020: 13,000
  • 19 Oktober 2021: 16,000

UserLocal mendefinisikan VTuber sebagai pengguna yang “memuat naik video di YouTube menggunakan watak CG,” dan hanya menilai saluran Youtube yang membuat permohonan untuk diwakili di “Virtual YouTuber Ranking”, serta saluran yang pada dasarnya menggunakan avatar Virtual YouTuber.

HoloLive EN Wallpapers - Album on Imgur

Menurut UserLocal, Hololive Gawr Gura yang berbahasa Inggeris adalah VTuber paling popular, dengan 3.49 juta subscriber sejak hari Selasa. Dia diikuti oleh Kizuna Ai (2.98 juta di saluran Youtube utama, 1.53 juta subscriber di saluran gaming), Usada Pekora (1.74 juta), Mori Calliope (1.74 juta), Inugami Korone (1.7 juta), Houshou Marine (1.66 juta), Shirakami Fubuki (1,64 juta), Watson Amelia (1,48 juta), Uruha Rushia (1,44 juta), dan Minato Aqua (1,41 juta).

Walaupun istilah “virtual YouTuber” dicipta pada tahun 2016, teknologi menganimasikan watak kartun/anime dalam masa nyata dapat dijejaki semula ketika zaman 90-an. Pada tahun 1991, SimGraphics mencipta VActor, yang digunakan untuk menganimasikan watak maya dalam masa nyata. Teknologi ini digunakan untuk menghasilkan avatar Mario masa nyata pada acara SCES tahun 1992.

Chillin' with Ami Yamato in London! - YouTube

Penggunaan avatar CG untuk tujuan log video yang pertama di YouTube ialah Ami Yamato yang mula membuat video tersebut pada tahun 2011. Walau bagaimanapun, gaya ini dan juga istilah “virtual YouTuber” tidak mendapat sambutan sehinggalah Kizuna AI mula menggunakannya pada tahun 2016.

Apa pendapat anda tentang jumlah Vtuber yang lebih 16,000 di seluruh dunia? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!

Sumber – UserLocal

Tags: animeInfluencerStreamerVTuber
Previous Post

Square Enix mendedahkan video prototaip Tomb Raider: Ascension yang dibatalkan!

Next Post

CD Projekt Red menangguhkan pelepasan versi baru Cyberpunk 2077 dan Witcher 3 ke tahun 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
CD Projekt Red menangguhkan pelepasan versi baru Cyberpunk 2077 dan Witcher 3 ke tahun 2022!

CD Projekt Red menangguhkan pelepasan versi baru Cyberpunk 2077 dan Witcher 3 ke tahun 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd