Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Split Pad Pro Controller bertemakan Monster Hunter Rise Split diumumkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 25, 2021
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Split Pad Pro Controller bertemakan Monster Hunter Rise Split diumumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena pelancaran permainan tidak lama lagi, Hori telah mendedahkan reka bentuk Monster Hunter Rise eksklusif untuk barisan controller Split Pad Pro mereka. Produk berlesen Nintendo ini boleh menggantikan Joy-Con standard dan mempunyai butang yang lebih besar, grip, dan D-pad. Controller istimewa ini akan dilancarkan di Jepun pada 26 April 2021 dan berharga 5,258 yen (anggaran RM 200.44) termasuk cukai.

Dengan menggunakan Magnamalo sebagai motif, controller Split Pad Pro ini direka untuk kedua-dua pemain serius atau pengguna yang mempunyai tangan besar. Berbanding dengan Joy-Con standard, alternatif Hori yang lebih besar ini mempunyai butang asas dan butang “shoulder” yang lebih besar, “stick”, dan D-pad.

Selain itu, terdapat butang yang dapat diprogram di bahagian belakang, butang turbo, dan juga butang hotkey. Pengguna yang berminat untuk membeli produk tersebut harus ingat bahawa ia tidak boleh digunakan secara wayarles dan tidak mempunyai fungsi giro.

Walaupun Hori hanya akan mengeluarkan controller ini di Jepun sahaja, kita boleh mengimport produk melalui perkhidmatan seperti Amazon untuk peminat luar negara. Selain daripada rekaan Monster Hunter, controller Split Pad Pro juga menampilkan watak seperti Pac-Man dan Pikachu yang tersedia di luar Jepun.

 

1 of 3
- +

Capcom akan melancarkan Monster Hunter Rise secara eksklusif di Nintendo Switch pada 26 Mac 2021. Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh membuat pra-pesanan untuk controller Split Pad Pro eksklusif Monster Hunter Rise ini di laman web Amazon! Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Monster Hunter Rise
Publisher: Capcom
Release Date: 2021-03-26
Nintendo Switch
Monster Hunter Rise adalah permainan video permainan peranan yang akan datang dalam siri Monster Hunter, yang dikembangkan dan dihasilkan oleh Capcom untuk Nintendo Switch. Ia akan dikeluarkan pada 26 Mac 2021.
Tags: ControllerhoriMonster Hunter RiseSplit Pad Pro
Previous Post

PS5 Exclusive Returnal memberi pandangan terbaru sebelum State of Play Jumaat ini!

Next Post

HP membeli jenama aksesori gaming HyperX dengan harga $425 juta!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
HP membeli jenama aksesori gaming HyperX dengan harga $425 juta!

HP membeli jenama aksesori gaming HyperX dengan harga $425 juta!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd