Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spider-Man: Brand New Day – Hulk Jadi Musuh? Apa Yang Kami Belajar Daripada Trailer Baru

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 18, 2026
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Spider-Man: Brand New Day – Hulk Jadi Musuh? Apa Yang Kami Belajar Daripada Trailer Baru
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel dan Sony melancarkan trailer baharu untuk Spider-Man: Brand New Day, yang memberikan gambaran lagi jelas tentang misi solo terbaharu adiwira kegemaran ramai ini. Diarahkan oleh Destin Daniel Cretton, filem ini akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 30 Julai 2026.

Peter Bermutasi, Bertarung dengan Scorpion

Trailer bermula dengan Peter Parker (Tom Holland) yang sedang bergelut dengan mutasi fizikal yang sukar dikawal, di mana dia mula menghasilkan ‘webbing’ organik terus dari pergelangan tangannya. Bukan itu sahaja, perubahan ini nampaknya membuatkan Peter mengamuk hingga susah kawal diri.

Dalam babak awal, dia bertarung dengan Scorpion (Michael Mando), lalu menghempas musuhnya ke atas kereta polis. Perkembangan ini mencetuskan teori bahawa filem ini mungkin mengadaptasi jalan cerita komik “The Other”, atau mengusik tentang “Man-Spider”: terutamanya kerana ada babak yang memaparkan anak mata Peter bertukar menjadi hitam pekat.

Peter Sunyi, Bertemu dengan Bruce Banner

Di samping perubahan fizikal tersebut, Peter juga berdepan dengan tekanan emosi. Dia terlantar di atas katil, mengenang nasib sambil menonton video bekas kekasihnya, MJ (Zendaya), dan rakan baiknya, Ned (Jacob Batalon) di media sosial. Kedua-dua sahabatnya itu langsung tidak mengenali Peter berikutan sihir pada penghujung filem Spider-Man: No Way Home, malah MJ juga sudah mempunyai kekasih baharu.

Demi mencari jalan keluar bagi menghentikan mutasi DNA yang semakin parah, Peter beralih kepada saintis pintar dan ahli veteran Avengers, Bruce Banner (Mark Ruffalo). Banner menjelaskan bahawa dia terpaksa memakai satu peranti di pergelangan tangannya bagi menyekat genetik tubuh untuk memastikan alter egonya, si Hulk, sentiasa terkawal.

Ancaman Kuasa Psikik dan Siapakah Watak Misteri lakonan Sadie Sink?

Namun, ketenangan tidak bertahan lama apabila satu ancaman baharu muncul menggugat bandar. Filem ini memperkenalkan musuh ghaib yang mampu mengawal minda, yang digambarkan sebagai “ancaman yang tidak mampu dikawal, malah tidak dapat dilihat.” Satu gelombang psikik membekukan seluruh penduduk New York, di mana hanya Spider-Man sahaja yang imun terhadap serangan tersebut. Musuh misteri ini mampu mengawal minda sesiapa sahaja sesuka hati, malah turut menggunakan seorang pejalan kaki untuk mengugut MJ di hadapan Peter.

Trailer ini turut memaparkan kelibat watak misteri yang dilakonkan oleh Sadie Sink (Stranger Things). Walaupun identiti sebenarnya masih dirahsiakan, abiliti telepati dan telekinesis membuatkan ramai peminat membuat spekulasi bahawa beliau mungkin membawa watak Jean Grey versi muda.

Hulk Menyerang Spider-Man dan Kemunculan The Punisher

Konflik semakin meninggi apabila musuh misteri tersebut (mungkin) merasuk minda Bruce Banner. Akibatnya, peranti penyekat gen pada tangannya hancur, lalu membebaskan Hulk yang kemudiannya menyerang Spider-Man. Hulk melepaskan pukulan gelombang bunyi yang kuat sehingga mencampakkan Spidey keluar menembusi dinding bangunan.

Dengan keadaan Hulk yang (mungkin) menyasarkan MJ, Peter terpaksa bertindak pantas untuk menyelamatkannya. Walaupun MJ tidak lagi mengingati Peter, dia memilih untuk mempercayai Spider-Man lalu dibawa ke kawasan yang selamat.

Sedar dirinya tidak cukup kuat untuk menghadapi ancaman ini sendir, Peter meminta pertolongan daripada Frank Castle, atau lebih dikenali sebagai The Punisher (Jon Bernthal). Trailer diakhiri dengan montaj aksi yang menunjukkan Peter (dengan mata hitam pekat) bertarung dengan kumpulan ninja misteri The Hand.

Tags: Spider-Man: Brand New Day
ShareTweetSend
Previous Post

Creators Super Fest Singapore 2026 Kembali Julai 2026, Bawa Peluang Terbang Ke Jepun

Next Post

Previu Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Lebih Taktikal & Mencabar, Expansion Ini Mengubah Segalanya

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3
Temuramah

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3

August 19, 2026
Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight
Preview

Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight

August 19, 2026
[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global
Temuramah

[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global

August 19, 2026
Next Post
Previu Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Lebih Taktikal & Mencabar, Expansion Ini Mengubah Segalanya

Previu Granblue Fantasy: Relink - Endless Ragnarok - Lebih Taktikal & Mencabar, Expansion Ini Mengubah Segalanya

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd