Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Skin Terbaru League of Legends Berharga Lebih RM1.3K

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 29, 2024
in Artikel, Berita, MOBA, PC
0 0
0
Skin Terbaru League of Legends Berharga Lebih RM1.3K
Share on FacebookShare on Twitter

Riot Games telah mengumumkan bahawa mereka tidak lama lagi ia akan menjual skin baharu dalam League of Legends bernilai lebih RM1,300, yang menyebabkan ramai pemain keliru dan bingung.

Buat pertama kali, Riot telah memperkenalkan “Hall of Legends“, yang didedikasikan untuk pemain LoL terbaik sepanjang zaman. Pemain pro dari Korea Selatan, Lee Sang-hyeok, atau lebih dikenali sebagai Faker, menjadi pemain pertama yang memasuki Hall of Legends, di mana dia turut menerima skin khas pilihannya dalam LoL.

Walaupun ramai yang teruja dengan kerjasama Faker dalam game, harga yang diumumkan oleh Riot nampaknya telah meraih banyak respon negatif.

Menurut laman web rasmi League of Legends, Hall of Legends Pass memfokuskan sepenuhnya pada Faker dan termasuk skin khas untuk Leblanc. Bukan itu sahaja, Riot juga menjual tiga skin berlainan untuk Ahri yang menampilkan beberapa bonus berkaitan Faker. Skin Ahri lah yang menjadi pusat tumpuan negatif.

Kredit: Riot Games

Ketiga-tiga skin Ahri dijual pada harga yang agak mahal, di mana skin paling murah pun dijual dengan harga lebih kurang RM115 setarat Riot Points. Skin paling mahal daripada situ dijual pada nilai 59,260 Riot Points, yang bersamaan dengan wang sebenar RM1,380.

Harap maklum, kiraan ini dibuat jika saya membeli di Codashop tanpa bonus RP, memandangkan mereka pun adalah pengedar rasmi untuk transaksi di dalam LoL.

Berikut ialah info penuh untuk setiap koleksi skin terbaru Ahri:

Risen Collection (5,430 Riot Points)

Kredit: Riot Games
  • Hall of Legends Pass
  • Risen Legend Ahri Skin
  • Takedown Counter Taunt
  • Ahri (Champion)
  • Exclusive Border
  • Exclusive Icon & Emote

Immortalized Collection (32,430 Riot Points)

  • Immortalized Legend Ahri Skin
  • Exclusive Structure Finisher VFX
  • Exclusive Champ Finisher VFX
  • Custom Visual Announcer
  • Unique Skin Transformations: 3 Demon King Forms w/ unique VO
  • Demon’s Chosen Transformation w/ Demon King HUD during Ult
  • Risen Legend Collection
  • Holographic Immortalized Splash Art
  • Dynamic Profile Background
  • Immortalized Border
  • Exclusive Icon & Emote

Signature Collection (59,260 Riot Points)

Kredit: Riot Games
  • Signature Ahri Skin Upgrades: Faker’s Signature Move (Ctrl+5), Faker’s Structure Finisher
  • “Final Boss Faker” Title
  • Signature Immortalized Border
  • Signature Banner
  • Signature Splash Art: (Ahri & LeBlanc)
  • Immortalized Legend Collection
  • 100 Pass Levels
  • Risen Legend LeBlanc Paragon Chroma
  • SKT T1 Zed, Ryze, & Syndra Paragon Chromas
  • Exclusive Icon & Emote

Long live the Unkillable Demon King 👑 Celebrate Faker’s legacy with 100 levels of rewards, new Ahri skins, and more. pic.twitter.com/qULwjslUEI

— League of Legends (@LeagueOfLegends) May 28, 2024

Tidak lama selepas Riot membuat pengumuman ini, media sosial mula dipenuhi dengan beberapa komen yang negatif tentang harga skin ini. Malah, beberapa pemain pro League of Legends juga bergurau bahawa tawaran paling mahal harus yang termasuk latihan peribadi oleh Faker sendiri. Orang lain mendakwa bahawa ini adalah cara Riot untuk memanfaatkan populariti Faker demi keuntungan kewangan.

Apa pendapat anda?

Tags: AhrifakerLeague of legends
ShareTweetSend
Previous Post

Bleach: Brave Souls Akan Datang Ke Nintendo Switch & Xbox, Bersama Content Baru!

Next Post

Tealive Umum Siri Pokémon Yogurt Smoothie, Boleh Order Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Tealive Umum Siri Pokémon Yogurt Smoothie, Boleh Order Sekarang!

Tealive Umum Siri Pokémon Yogurt Smoothie, Boleh Order Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd